wallpaper

Thursday, June 20, 2013

Tamatnya praktikal

Praktikal atau latihan industri selesai jua selama 5 bulan di Bank Rakyat.. Sangat banyak perkara yang aku belajar dan  fahami.. Walau sebelum ini aku sudah berkerja di sebuah bank selama 2 tahun, ia tetap tidak membezakan aku untuk berkerja sebagai seorang pelajar praktikal .

Tempoh lima bulan ini membolehkan aku bekerja di setiap unit yang ada di cawangan Bank Rakyat.Setiap bulan aku akan berkerja di unit berbeza, ini memberi nilai tambah kepada pelajar kerana kita tahu mengenai operasi sesebuah cawangan.  Aku dapat bekerja di Unit Susulan dan Dokumentasi, Unit Operasi Bank dan Unit Kredit. Unit Susulan banyak mengajar aku berkaitan apa langkah yg kita perlu lakukan untuk mengelakkan akaun pelanggan menjadi NPL atau tertunggak, aku belajar berkaitan ar-rahnu juga.. Unit Dokumentasi berkaitan penyediaan dokumen pinjaman. Unit Operasi Bank amatlah penting bagi setiap cawangan kerana ia memainkan peranan yg tinggi dalam operasi cawangan. Unit Kredit aku lebih banyak membantu pelanggan dalam pengiraan pinjaman yang layak dan banyak mengikuti pegawai membuka booth pinjaman untuk festival yang ada.

Praktikal ini adalah satu persediaan sebelum masuk ke alam perkerjaan yang sebenar. Walau nampak seperti tidak ada tanggungjawab yang sebenar, ianya tetap mengajar kita erti suatu pekerjaan. 

Amanah.. Jika kita praktikal atau berkerja di Bank atau syarikat apa pun. Amanah adalah amat penting.. Kerana kita memegang amanah orang lain.. Bekerja lah dengan jujur dengan amanah. Kerana sekali orang hilang kepercayaan pada kita, buat selamanya kita akan menanggung kesannya. Mungkin kita boleh sembunyi dari pandangan manusia dan CCTV tetapi pandangan Allah tidak dapat kita sembunyikan di mana jua kita berada. Allah lebih mengetahui atas setiap apa yang terjadi di dunia ini.

Praktikal sudah habis.. Viva untuk pembentangan thesis pula akan menanti.. InsyaAllah 25hb jun ini akan membentangkan thesis di UiTM Kampus Melaka.. Moga apa yang dirancang terlaksa dengan jayanya.. 

Hati aku dekat dengan industri Perbankan ni.. Mungkin sebab aku sangat enjoy dengan apa yang aku buat.. Dulu belajar Diploma in Banking, tamat terus kerja kt Bank. Sambung study ambik Degree in Finance plak, praktikal kat Bank Rakyat pula.. InsyaAllah moga ada rezeki dalam industri perbankan lagi.. 

Sunday, June 2, 2013

Ketika Cinta Bertasbih

Ketika Cinta Bertasbih: 



Karya filem-filem Indonesia yang diangkat dari Novel Habiburrahman sangat menarik.. Tersentuh hati dan menusuk kalbu.. Karya dari indonesia boleh kira lebih baik dari filem-filem di Malaysia.. Moga satu hari nanti Malaysia juga dapat menghasilkan filem yang lebih bercorah islam dan patuh shariah.. 

Ketika Cinta Bertasbih adalah filem indonesia yang sangat menarik untuk ditonton.. Walau dah banyak kali tengok tetap tak pernah bosan.. Untuk filem Ketika Cinta Bertasbih 2, lebih kepada Saudara Azam untuk mencari jodoh buat dirinya sebelum akhirnya di ijabkabulkan dengan Miss Anna yang pernah dibantu ketika di Cairo.. 

Apa yang aku ingin kongsikan disini, apakah criteria yang dipilih oleh Mas Azam dan ibunya dalam memilih calon isteri untuk dirinya. Pertama, Ibu Mas Azam melihat wanita itu mestilah menutup auratnya dan tidak tidur selepas subuh kerana pintu rezeki sentiasa terbuka di pagi hari. Keduanya, Mas Azam melihat latar belakang didikan agama dan wanita solehah sebagai calon isterinya. Ketiganya, Mas Azam melihat bagaimana potongan tudung wanita itu. Adakah memakai tudung tetapi tidak menutup sebahagian bentuk badannya atau tidak. Keempat, Mas Azam akan bersetuju dengan calon isteri yang direstui oleh ibunya kerana keredhaan ibubapa adalah sangat penting dalam hidup seseorang itu. 

Sabda Rasulullah SAW: 

"Dan pilihlah perempuan dengan hartanya, kecantikannya, keturunan dan agamanya. Adapun agamalah yang menjadi keutamaan."

"Jika terlintas di hati seseorang untuk melamar perempuan, maka diharuskan untuk dia melihatnya (perempuan yang ingin dilamar)"  -Hadis riwayat Abu Daud-

"Tidak halal bagi kamu pernjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain."

"Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dam baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi perkertinya."