wallpaper

Tuesday, September 10, 2013

Episod pertama bermula

Episod kehidupan baru bermula.. Kehidupan seorang pelajar makin hilang dari diri.. Belajar erti susah payah dalam mencari rezeki untuk diri dan keluarga.. Belajar erti tanggungjawab.. Tanggungjawab pada diri, keluarga dan kerjaya.. Mungkin cabaran dan tanggungjawab kita berbeza.. Tetapi kepayahan itu pasti dijalan yang sama.. 

Seminggu lebih sudah aku bekerja di RHB ini.. Ditengah-tengah kotaraya kuala lumpur.. Yang tidak pernah sunyi dari kelendar hidup manusia.. Pada aku kerjaya kali ini berbeza dari yang aku pernah kerja.. Kerna besar tanggungjawab di bahu ini.. Tinggi harapan dari pengurus buat aku dan sahabat.. 

Ikhlas kan diri untuk mencari rezeki pasti kerja mudah dijalani.. Amanah dalam apa jua yang diceburi.. Pasti Allah akan menjaga diri kita ini.. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada risiko.. Perlu tahu bagaimana untuk memastikan risiko itu tidak pada diri kita.. 

Moga perjalanan pertama ini yang baru bermula dipermudahkan illahi.. Kerna pasti akan banyak cabaran yang akan menanti.. Tanggungjawab besar juga akan menyusul di kemudian hari.. Aku perlu kuat dan bersabar untuk menjadi insan sejati..

Thursday, August 22, 2013

Cabaran bermula

Alhamdulillah.. Akhirnya selesai jua pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) selepas berhempas pulas selama 2 tahun.. Walaupun tidak dapat tamat dengan kelas pertama, aku bersyukur dengan keputusan yang ada.. Kerna setiap apa yang kita dapat adalah bergantung pada usaha kita..

Jangan pernah salahkan orang lain.. Kerna diri lebih tahu betapa kuat usaha kita dalam pengajian.. Tamat dengan Kelas Kedua(Tinggi) pun sudah cukup bagi aku.. Ada peningkatan berbanding keputusan diploma dulu.. InsyaAllah november ini akan berkonvi di UiTM Lendu. First batch yang akan konvo di sana.. Kalau mengikut perancang..

Tamatnya belajar bermaksud aku perlu mencari kerja.. Sudah beberapa interview aku pergi.. Kebanyakkan nya masih menunggu keputusan nya.. Buat masa ini aku berkerja di bahagian sales untuk Bank Rakyat Setapak.. Dapat basic + commission loan.. Alhamdulillah sebulan aku buat sales ni bnyk gak commission aku dapat.

Pengurus Cawangan selalu pesan, jangan pernah putus asa untuk cari kerja.. Yang penting kena usaha dulu.. Yang lain akan datang.. Cuma antara cepat atau lambat.. Pengurus pesan kalo aku buat sales ni, atleast nanti ada pengalaman berkaitan sales dan marketing so nanti senang bila interview dgn bank..

Mama selalu tanya bila blh dapat kerja tetap.. Aku faham.. Mungkin mama risau tengok anak dia yang ada degree ni belum dapat kerja yang setimpal dengan kelulusan aku.. Jangan risau mama.. InsyaAllah kerja ni pun ada rezeki untuk mama n adik-adik.. Allah tahu apa yang terbaik untuk diri ini.. 

Setiap hari aku akan keluar bertemu pelanggan berkaitan personal loan bank rakyat.. Setiap hari gak akan mengedar kan risalah di Pejabat kakitangan awam, kuarters dan Sekolah.. Yang penting kita usaha.. InsyaAllah ada rezeki untuk aku pasti akan ada juga akhirnya.. 

+ lama tak update blog ni.. Lupa nk ucap Selamat Hari Raya.. InsyaAllah next entry akan explain pasal BNM punya arahan berkaitan loan 10 tahun dan impact jika PTPTN loan dimasukkan dalam sistem CCRISS. +

Wednesday, July 10, 2013

Allah bersamamu Dr Mursi!

Assalamualaikum..
Pada kali saya ingin berkongsi berkaitan apa yang telah terjadi di Mesir.. 
Ingin saya berkongsi bersama kalian kata-kata dari Ulama' Besar Islam iaitu Dr Yusuf Al-Qardhawi. Beliau berkata; "Bagaimana kita (org mesir) boleh bersabar dengan Mubarak selama 30 tahun tapi tidak boleh bersabar dengan Mursi selama setahun". 

Dr Mohamed Mursi , President Mesir yang dipilh oleh majoriti penduduk mesir melalui sistem demokrasi yang bersih telah digulingkan atau dirampas kuasa oleh pihak tentera.  Sepertimana yang kita tahu Dr Mursi adalah Presiden Mesir yang pertama dipilih melalui demokrasi. Sebelum ini Mesir dipimpin oleh President Hosni Mubarak, iaitu seorang yang cukup dikenali sebagai ditaktor dan berkawan baik dengan Amerika dan Israel. 

Jatuhnya kepimpinan Dr Mursi iaitu seorang hufaz al-quran, selalu menjadi imam dan solat berjemaah bersama rakyat mesir dan seorang yang sangat menegakkan syariat islam di Mesir. Pihak Amerika dan Israel  sangat takut pada Dr Mursi dan kepimpinan Ikhawanul Muslimin kerana ketegasan beliau dalam menegakkan islam dan membela Palestin. 

Apabila Dr Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir, antara perkara yang dilakukannya adalah beliau mengecam Israel ketika serangan Israel secara besar-besaran ke atas Palestin tahun lalu. Beliau juga telah membuka lorong bekalan bahan bantuan ke Palestine di tebing Raffah yang selama ini ditutup ketika pemerintahan Hosni Mubarak. Beliau juga nekad memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria untuk menentang pembunuhan dan penindasan ke atas orang Islam oleh Regim Syiah Basyar Assad. Perkara-perkara ini tidak disenangi oleh pihak-pihak yang takut dengan kebangkitan Islam dan kemunculan khalifah.

Sebahagian rakyat Mesir yang menentang Dr Mursi adalah kerana mereka menganggap Dr Mursi tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi negara Mesir dan ianya juga adalah hasil campur tangan pihak liberal dan anasir asing. Ketika dibawah kepimpinan Hosni Mubarak, kadar pengganguran sangat lah tinggi dan kebanyakkan hasil kerajaan adalah dibawah monopoli pihak tentera.  Dr Mursi baru sahaja memegang tampuk kepimpinan yang telah lama dikawal kekayaan negara oleh Rejim Hosni Mubarak. Maka ianya akan mengambil masa yang lama untuk menstabilkan kembali ekonomi dan ketirisan di dalam negara. 

Implikasi dari jatuhnya kepimpinan Dr Mursi di Mesir, Mesir akan dikawal oleh anasir luar yang terutamanya dari Amerika Syarikat iaitu penyumbang terbanyak kepada bantuan ketenteraan Mesir. Israel juga pasti akan  bergembira kerana tiada lagi pemimpin yang betul-betul berani melawannnya. Selepas sahaja jatuhnya kepimpinan Dr Mursi, pihak tentera telah menutup 'Raffah Gate" dan menutup terowong-terowong yang ada diantara Mesir dan Palestin. Umat Islam di Palestin ditindas secara langsung dari penutupan terowong ini iaitu satu-satunya pintu untuk mendapat bantuan dari luar.

Moga ALLLAH memberi kemenangan kepada Pihak Ikhwanul Muslimin dan mengembalikan kepimpinan Dr Mursi.. Alhamdulillah.. Semalam saya dapat bersama-sama dengan sahabat-sahabat dari NGO IKRAM,HALUAN,ABIM dan PAS untuk membuat bantahan secara aman dan menghantar memorandom bantahan kepada Kedutaan Mesir di Malaysia. 


 



 






Friday, July 5, 2013

Degree done!

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah kerana dengan izinNya selesai jua untuk degree ini.. Selepas 2 tahun mencuba yang sebaik mungkin untuk mendapat segulung degree ini InsyaAllah..

Praktikal dan Viva untuk pembentangan thesis juga sudah selesai.. Terima kasih sangat pada 'pair' aku untuk thesis ini.. Selesai jua thesis kami berkaitan "A Study of Relationship between Non-Performing Loans and Macroeconomic Variables".

Masa untuk berkerja semula akhirnya sampai kembali.. Masa untuk berjasa kembali kepada keluarga.. Moga Allah murahkan rezeki kepada kami semua.. Agar kami semua dapat perkerjaan yang terbaik dan diredhai oleh Allah..

Kalo ikut pada perancangan, sepatutnya minggu ini aku dah start kerja sebagai BR Smart di Bank Rakyat Setapak .Tetapi Allah telah mentakdirkan resume aku hantar hari tu untuk jawatan eksekutif di Bank Rakyat telah dipanggil untuk interview. Alhamdulillah interview itu dah dijalankan hari selasa yg lepas.. Part yg best sbb aku dengan roomate aku sama2 dipanggil untuk interview position tu.. Moga ada lah rezeki untuk kami..

Kakak office kt setapak ckp "Wan, ko ni tamak eh.. sampai dua kerja ko apply.. hehe.. xpe.. akak hold dulu post BR Smart ni.." Aku plak ckp " kak, saya pun tak tau last minute dpt call dari HQ.. So pergi je la.. "

Masa hari interview kt bank rakyat hari tu, masa tu jugak la aku dapat email dari Public Bank untuk position Management Trainee.. Hmm.. Rasa berat je nk pergi.. Sbb aku tau environment mcm mana.. Tapi takpe kan.. Kadang-kadang kena cabar diri.. Kita tak boleh suka kt zone selesa je.. InsyaAllah isnin depan akan pergi interview di sana..

Kita merancang.. Allah juga telah merancang untuk kita.. Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik aturan.. Kita perlu berusaha dahulu.. Setelah usaha sebaik mungkin, serahkan lah pada Allah.. :)

Bekerja tidak sama seperti masa kita belajar.. Mungkin ramai orang suka sebab dapat rasa duit sendiri.. ya memang betul pun.. Tapi wang ringgit yang kita dapat itu diiringi dengan tanggungjawab dan amanah.. Di kemudian hari, kita akan ditanya dengan amanah yang diberi.. Adakah kita amanah atau tidak.. Imam Al-Ghazali mengatakan perkara yang paling berat sekali adalah AMANAH!

Jaga Amanah itu elok-elok.. Kerna dengan wang ringgit yang kita dapat itulah untuk kita beri makan pada diri dan keluarga.. Apa yang kita makan itulah yang akan terhasil pada diri kita.. Moga Allah jauh kan diri kita dari sikap mazmumah dan tidak amanah.. :)

All the best buat kawan-kawan yang berusaha untuk mencari rezeki yang halal.. Tahniah buat yang dah berkerja.. Moga rezeki yang kita dapat ini dapat memberi manfaat pada diri kita, keluarga, masyarakat dan agama.. (^_^)

Thursday, June 20, 2013

Tamatnya praktikal

Praktikal atau latihan industri selesai jua selama 5 bulan di Bank Rakyat.. Sangat banyak perkara yang aku belajar dan  fahami.. Walau sebelum ini aku sudah berkerja di sebuah bank selama 2 tahun, ia tetap tidak membezakan aku untuk berkerja sebagai seorang pelajar praktikal .

Tempoh lima bulan ini membolehkan aku bekerja di setiap unit yang ada di cawangan Bank Rakyat.Setiap bulan aku akan berkerja di unit berbeza, ini memberi nilai tambah kepada pelajar kerana kita tahu mengenai operasi sesebuah cawangan.  Aku dapat bekerja di Unit Susulan dan Dokumentasi, Unit Operasi Bank dan Unit Kredit. Unit Susulan banyak mengajar aku berkaitan apa langkah yg kita perlu lakukan untuk mengelakkan akaun pelanggan menjadi NPL atau tertunggak, aku belajar berkaitan ar-rahnu juga.. Unit Dokumentasi berkaitan penyediaan dokumen pinjaman. Unit Operasi Bank amatlah penting bagi setiap cawangan kerana ia memainkan peranan yg tinggi dalam operasi cawangan. Unit Kredit aku lebih banyak membantu pelanggan dalam pengiraan pinjaman yang layak dan banyak mengikuti pegawai membuka booth pinjaman untuk festival yang ada.

Praktikal ini adalah satu persediaan sebelum masuk ke alam perkerjaan yang sebenar. Walau nampak seperti tidak ada tanggungjawab yang sebenar, ianya tetap mengajar kita erti suatu pekerjaan. 

Amanah.. Jika kita praktikal atau berkerja di Bank atau syarikat apa pun. Amanah adalah amat penting.. Kerana kita memegang amanah orang lain.. Bekerja lah dengan jujur dengan amanah. Kerana sekali orang hilang kepercayaan pada kita, buat selamanya kita akan menanggung kesannya. Mungkin kita boleh sembunyi dari pandangan manusia dan CCTV tetapi pandangan Allah tidak dapat kita sembunyikan di mana jua kita berada. Allah lebih mengetahui atas setiap apa yang terjadi di dunia ini.

Praktikal sudah habis.. Viva untuk pembentangan thesis pula akan menanti.. InsyaAllah 25hb jun ini akan membentangkan thesis di UiTM Kampus Melaka.. Moga apa yang dirancang terlaksa dengan jayanya.. 

Hati aku dekat dengan industri Perbankan ni.. Mungkin sebab aku sangat enjoy dengan apa yang aku buat.. Dulu belajar Diploma in Banking, tamat terus kerja kt Bank. Sambung study ambik Degree in Finance plak, praktikal kat Bank Rakyat pula.. InsyaAllah moga ada rezeki dalam industri perbankan lagi.. 

Sunday, June 2, 2013

Ketika Cinta Bertasbih

Ketika Cinta Bertasbih: 



Karya filem-filem Indonesia yang diangkat dari Novel Habiburrahman sangat menarik.. Tersentuh hati dan menusuk kalbu.. Karya dari indonesia boleh kira lebih baik dari filem-filem di Malaysia.. Moga satu hari nanti Malaysia juga dapat menghasilkan filem yang lebih bercorah islam dan patuh shariah.. 

Ketika Cinta Bertasbih adalah filem indonesia yang sangat menarik untuk ditonton.. Walau dah banyak kali tengok tetap tak pernah bosan.. Untuk filem Ketika Cinta Bertasbih 2, lebih kepada Saudara Azam untuk mencari jodoh buat dirinya sebelum akhirnya di ijabkabulkan dengan Miss Anna yang pernah dibantu ketika di Cairo.. 

Apa yang aku ingin kongsikan disini, apakah criteria yang dipilih oleh Mas Azam dan ibunya dalam memilih calon isteri untuk dirinya. Pertama, Ibu Mas Azam melihat wanita itu mestilah menutup auratnya dan tidak tidur selepas subuh kerana pintu rezeki sentiasa terbuka di pagi hari. Keduanya, Mas Azam melihat latar belakang didikan agama dan wanita solehah sebagai calon isterinya. Ketiganya, Mas Azam melihat bagaimana potongan tudung wanita itu. Adakah memakai tudung tetapi tidak menutup sebahagian bentuk badannya atau tidak. Keempat, Mas Azam akan bersetuju dengan calon isteri yang direstui oleh ibunya kerana keredhaan ibubapa adalah sangat penting dalam hidup seseorang itu. 

Sabda Rasulullah SAW: 

"Dan pilihlah perempuan dengan hartanya, kecantikannya, keturunan dan agamanya. Adapun agamalah yang menjadi keutamaan."

"Jika terlintas di hati seseorang untuk melamar perempuan, maka diharuskan untuk dia melihatnya (perempuan yang ingin dilamar)"  -Hadis riwayat Abu Daud-

"Tidak halal bagi kamu pernjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain."

"Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dam baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi perkertinya."


Thursday, May 30, 2013

Cinta

KAU jadikan cinta itu fitrah. Hiasan bagi kehidupan bermaruah. Ada aturan dan perlu tunduk menyerah kepada ketentuan-Nya. Cinta bukan sekadar menuruti hasrat serakah yang menyala, tetapi untuk mengisi jiwa yang kosong dan menyahut sunnah. Cintaku berfalsafah. Niatku untuk bersama memperbanyakkan umat Baginda SAW, menyumbang zuriat yang soleh dan solehah, ilmuwan pelbagai bidang, segala arifibillah dan segala fisabilillah.

Izinkan aku ya ALLAH..

Izinkan hamba-MU mengatur langkah, agar berjaya mendapatkan cinta itu. Bukan dengan adat, tetapi dengan syariat. Bukan dengan nafsu, tetapi dengan syariat. Bukan dengan harta tetapi dengan takwa. Urusan ini terlalu berat untuk ditanggung sendiri. Hanya ENGKAU yang lebih mengerti tentang hasrat hati ini dan jiwanya. Adakah hati ini berhasrat murni? Adakah jiwanya sudi menerima? Hanya ENGKAU yang tahu ya Tuhanku. Dari itu, izinkan Aku Ya Allah..

Izinkan hamba-MU ini bersimpuh di pangkalan cintamu. Meraih simpati agar urusan cintaku ini dipermudahkan. Aku tidak mahu dilalaikan dengan cinta ini. Aku tidak mahu disibukkan dengan cinta ini. Aku tidak mahu cinta ini mengganggu cinta kita ya Tuhanku. Dari itu, permudahkanlah urusan ini ya ALLAH..

Jernihkan hatiku, setiakan hatinya. Aku menyintainya kerana dia menyintai-MU ya Tuhanku. Aku pasti meninggalkannya jika dia meninggalkan-MU. Aku akan berpaling padanya jika dia berpaling dari-MU. Namun jika diberi kesempatan, izinkan aku menjadi pemimpin sekeping hati. Akan aku didik dia dengan ilmu, akan aku bimbing dia ke jalan-MU dan akan aku jaga hati dia sebagaimana selama ini KAU menjaga hati-hati kami ya Tuhanku.

-Petikan dari Buku "Buat Bakal Isteriku" karya Ibnu Rijal-

Wednesday, May 15, 2013

Sabar

"Sungguh mengagumkan keadaan seorang Mukmin, segala keadaan yang menimpanya dianggap baik. Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila ditimpa musibah dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya."    -Hadis Riwayat Muskim-

Sabar lah diri ketika kamu diuji, walau pahit untuk diterima.. Allah telah menjanjikan, tidak diuji hamba-hambaNya dengan apa yang mereka tidak boleh menanggungnya.. Bersabarlah walau hati terasa sakit.. Walau badan terasa lemah.. Walau jiwa sakit meronta-ronta.. Kuatkan diri.. Jangan mengalah.. Bangkit untuk hari esok..

Seringkali keimanan terhadap cinta diuji.. Cinta yang tidak pasti.. Kerna ia fitrah diri.. Ingin disayangi dan ingin mencintai.. Perasaan itu sukar pergi.. walau dipaksa diri.. Biarkan ia pergi.. kerna ia belum pasti buat diri ini.. Allah tahu apa yang terbaik buat diri ini..

Mungkin kepercayaan dan keikhlasan diri dipermainkan.. Bukan salah kita jika ia terjadi..
Biarkan dia mendapat balasan dari Maha Pencipta.. Kerna aturannya sangat misteri..
Ujian ini untuk menguatkan diri.. Agar kamu menjadi lebih tabah.. Agar kamu lebih berdikari.. Agar kamu lebih dekat pada Maha Pencipta..

Sayangilah ia berpada-pada kerna kamu akan binasa jika ia sudah tiada.. Meninggalkan dirimu keseorangan.. Acapkali diri menyendiri.. Mencari kekuatan kerna kehilangannya.. Semakin dicuba, semakin diri menjadi hiba.. Tapi Allah sayang diri ini, Allah hantar sahabat buat penguat diri..

Pesan pada diri, Allah itu dekat dengan diri ini.. Allah sentiasa bersama kita.. Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-hambanya.. Berbisik lah dengan  Tuhanmu kerna DIA tidak pernah bosan mendengar luahan halus dari hamba-hambnya.. Kuatkan diri, Tabahkan Diri, Bangkitlah diri...

Pesan Ibu..

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa".. Hormati lah ibu kita.. Sayangilah ia.. Jangan kita hancurkan harapan dan kepercayaannya kepada kita.. Jagalah ibu mu jika ia sudah tua..
Anak lelaki wajib menjaga ibunya sehingga akhir hayat..

Jika aku seorang ibu, inilah warkah yang dapat aku gambarkan perasaan seorang ibu:

Ibu mu ini..

Ibu ini lah yang telah bersusah payah mengendong kamu 9 bulan dalam kandungannya.. Membesarkan dirimu dari kecil hingga dewasa.. Ibu sanggup berjaga malam, semata-mata untuk memastikan kamu dapat tidur yang lena.. Menjaga kamu dengan penuh kasih sayang.. Menjaga kamu ketika kamu sakit..Kadangkala sehingga sanggup berlapar dahaga demi memberi makanan untuk anak-anaknya.. Ibu tidak pernah merungut untuk segala pengorbanan ini.. Ibu mahu melihat kamu dan abang dan adik-adik mu berjaya.. Kejayaanmu itu bukan untuk diri ibu tetapi untuk dirimu.. Ibu hanya menumpang kejayaan itu..

Wahai anak ku...

Jadilah anak yang berguna untuk agama dan  bangsa.. Ibu mu ini telah mendidik kamu.. Telah ibu beri ilmu yang sepatutnya buat bekalan dirimu didunia ini dan akhirat. Jagalah maruah diri mu kerna ia sangat mahal.. Buat anak lelaki ibu, jadilah lelaki yang bertanggungjawab.. Bertanggungjawab pada diri dan amanahmu.. Kerna kamu bakal menjadi pemimpin buat agama dan keluargamu.. Buat anak perempuan ibu, jagalah akhlak mu.. Kerna akhlak itu mencerminkan siapa  diri mu.. Tutuplah auratmu kerna itu kewajipan bagi diri mu.. Mahukah kamu mahu mencampak ayahmu,abangmu dan adik lelaki mu ke api neraka dengan tidak menutup aurat.. Ingatlah ia sampai bila-bila.. Apabila kamu telah berkahwin, hormati dan taatilah suami mu.. Jaga maruah dirimu.. Kerna ia sangat berharga buat suamimu..

Wahai anak ku,

Ibu pasti akan pergi suatu hari nanti.. Kerana hidup ini bukan buat selama-lamanya.. Ingat pesan ibu.. Jangan kamu tinggalkan  solat kerna ia tiang agama.. Ibu mu ini makin dimamah usia.. Ibu mu ini pasti akan lupa pada diri kalian.. Jagalah ibu jika ibu sakit nanti.. Sayangi ibu sepertimana ibu menjaga kalian ketika kalian masih kecil lagi.. Jika ibu pergi menghadap illahi, mandikanlah ibu, sembahyangkanlah ibu.. Ibu pasti gembira jika anak-anak ibu yang akan menguruskan jenazah ibu.. DOAKAN IBU... Kerna itu yang akan menghubungkan kalian  dengan ibu mu...






Hati yang satu

Hati yang tenteram adalah hati yang adil pada
diri sendiri dan adil pada orang lain...
Hati yang kejam adalah hati yang pentingkan
jaga diri sendiri daripada jaga hati orang lain...
Mengapa ALLAH SWT kurniakan kita hati itu
satu?

Kerana yang tenteram itu pun adalah SATU,
yang kejam itu pun adalah satu...
Tidak mungkin kedua-duanya bersemadi dalam
satu hati pada satu masa..

Percayalah...
Kita TAKKAN tenteram pada saat orang lain
merasakan kita ini kejam pada mereka..

Dan,
kita takkan dianggap kejam,
pada saat orang lain merasakan, kehadiran kita
sentiasa mententeramkan mereka..
dan ingat,
hati itu satu..
andai hancur pun,
ITULAH SATU...

-Ibnu Rijal-

Lafaz sakinah..

First time dengar lagu ini sangat sayu hati.. Besar tanggungjawab seorang lelaki..
Mula-mula ingat lagu ni lagu biasa je, rupa-rupanya member aku cakap kalo nikah dengan orang johor nanti ada upacara lafaz sakinah.. kira macam penyerahan tanggungjawab dari wali pegantin wanita kepada suami wanita itu.. 

Perkahwinan memang semua orang nampak sesuatu yg sangat best.. tetapi sedarkah kita ia juga di iringi dengan tanggungjawab yang sangat besar.. Jika baik kita maka baiklah pasangan kita..  jika kita mahu ia menjadi soleh/solehah maka kita juga perlu menjadi soleh/solehah dulu.. 

Perbaik diri.. perbaiki diri.. perbaiki diri.. Sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.. Teringat kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, wahai lelaki cari lah wanita yang baik buat bakal ibu anakmu.. Wahai wanita cari lah lelaki yang baik bagi membimbing dirimu dan anak-anakmu.. 

Surah As-Syura: 83:

"Ya tuhanku, berikanlah kepadamu hikmah (agar aku menjadi orang yang bijaksana) dan pertemukanlah aku dengan orang soleh"

Dengar lagu lafaz sakinah.. Hayati maksudnya.. :)


Contoh pimpinan

Assalamualaikum..

"Sebaik-baik kepimpinan adalah kepimpinan melalui teladan"

Untuk menyuruh insan lain berubah agak sukar tetapi untuk mengajak insan lain berubah adalah yang terbaik.. Ini adalah apa yang aku boleh tengok pada suasana di tempat aku praktikal..

Pengurus Cawangan (PC) kami baru je bertukar ke HQ.. Dan Pengurus Cawangan yang baru pula ditukarkan dari cawangan selatan. Pengurus cawangan ini muda lagi, bersemangat dan sangat "energytic". Banyak benda yang aku boleh lihat bila pertukaran pengurus cawangan..

Setiap pagi kami akan ada bacaan doa sebelum mula tugas.. Kemudian PC akan memberi teguran, nasihat, dan perkembangan terkini cawangan. Ketua-ketua unit pula akan membaca email terkini berkaitan setiap unit. PC kami ini bnyk memberi contoh yg baik kepada staf bawahan, dia akan hadir awal ke tempat kerja dan pulang paling lambat. PC kami ini menekankan betapa pentingnya kerjasama antara setiap unit..

Kita semua akan menjadi lebih kuat dan cepat berjaya sekiranya kita semua berkerjasama dan saling membantu unit yg memerlukan. PC kami ini ingin menaikkan semula nama  cawangan, penumpuan banyak dibuat dengan promosi dan pengedaran risalah bank.

Kita semua akan dipertanggungjawab dengan apa yang terjadi pada cawangan kita. Berfikiran positif untuk bersama-sama berjaya. Jika kita enjoy dengan kerja kita, InsyaAllah hasil yang dihasilkan oleh kita adalah hasil yg terbaik..

Moga Allah permudahkan staff-staff di cawangan ini untuk menjadi top 10 cawangan bank rakyat.


Wednesday, May 1, 2013

Accident Motor

Pada khamis yang lalu aku dah terlibat dengan kemalangan..
Alhamdulillah cuma luka sikit je.. motor aku yang teruk sikit..
Kemalangan itu berlaku ketika dalam perjalanan pulang kerumah dari pejabat..
Petang tu hujan renyai2, aku bawak sederhana je laju tu kt lane tengah..
Tiba2 ada kereta myvi keluar dan memang tak sempat nak elak..
Aku cuba mengelak dari langgar kereta tu dan kesannya motor aku yg bergeser dengan jalan..
Aku tercampak kt atas jalan, first time aku dpt rasa masa sangat perlahan time bergeser kat jalan tu..

Takdir Allah aku accident time hujan renyai dan kesannya luka tak teruk sangat..
Time tercampak tu aku syukur sangat sbb pakai helmet.. risau kepala terhentak je..
Lepas tercampak tu aku terus bangun angkat motor cepat2, risau minyak motor tumpah..
Ada penunggang motor lain tahan kereta yg tiba2 keluar tadi..

Perempuan cina keluar dari kereta, aku tengok muka dia pun blurr je..
Dia ckp x nampak ada motor lalu, then aku ckp kat dia mmg la dia x nampak sbb hujan renyai + kereta dia pakai tinted gelap plak tu.. Sabar je la.. Benda dah jadi..

Perempuan cina tu suruh aku pergi klinik n repair motor.. Dia miscall no aku n bagi kad perniagaan dia.. Nanti msj dia berapa claim dia akan bayar.. Alhamdulillah time check dgn doktor luka dua tempat je n lebam2 bdn je.. xde yg teruk sangat.. Then urusan dipermudahkan untuk claim duit repair motor n clinic.. Perempuan cina pun mengaku mmg salah dia. So dia byr je la semua..

Moga kesakitan itu sebagai kafarah dosa yang telah dilakukan oleh diri ini..
Insan yang masih belajar menjadi manusia yanng lebih baik dari segi dunia dan akhirat..


-Habis koyak seluar kat peha n lutut-
-Luka kecik kat kaki-


-Habis koyak seluar baru-
-Side mirror patah-


-Pemulas motor rosak-
-Break kaki dgn stand rosak-


Walimah Kak Long

Anas bin Malik meriwayatkan daripada Nabi SAW, "Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti dia telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah dia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah" (HR. Baihaqi)

Alhamdulillah syukur kepada hadrat illahi dengan izinNya kakak sulung aku telah sah bergelar isteri.. Pernikahan telah diadakan di Masjid Muadz Bin Jabal pada Hari Jumaat bersamaan 12 April 2013. Dan pada keesokannya diadakan kenduri walimah bertempat di Dewan Datuk Keramat..
Dengan sekali lafaz telah sempurna pernikahan ini.. Syukur dan gembira atas pernikahan ini..

Mulai dari hari itu, tanggungjawab kak long adalah kepada suaminya.. Taat dan patuh pada arahan suami selagi tidak bertentangan dengan shariah.. Moga perkahwinan ini sehingga akhir hayat mereka berdua..
Ketika akad nikah dijalankan, hati ini sayu dan lega kerana seorang kakak sudah bergelar isteri orang..
Tanggungjawab pada suaminya untuk menegur dan membimbing nya ke Syurga Allah..

Banyak benda yang aku belajar dari pernikahan ini, baru aku tahu yang kena bayar upah nikah kepada kadi dan saksi pernikahan. Baru aku tahu juga yang pernikahan perlu diadakan dalam daerah bermaustatin pihak wanita dan bukanlah dipihak lelaki.. hehe.. Bukan senang nk buat semua ini tapi selamat kitaorang dah siap buat awal2 untuk bagi doorgift dan hal-hal berkaitan..

Ramai sedara tanya aku plak bila giliran.. hehe.. InsyaAllah.. Target aku lagi 2 tahun.. few things nak kena buat dulu.. Lagi cepat lagi bagus sbb pernikahan itu dimudahkan tetapi kita yg kadang2 sulitkannya.. Kita hanya merancang dan Allah jua yang akan mengaturnya..

Ada beberapa gambar untuk dikongsi bersama..

-Kena Interview dengan Kadi Nikah-
-Duit Mas Kawin-
-Debaran Pengantin-
-Ketika menunggu akad nikah-

-Pengantin dengan besan masing2-
-Kak Long dgn adk2 ku-

-Besar n sharm-
-Shazany, Adik n khai-


-Kumpulan Marhaban-
-Sahabat KBM-

-Blogger Dina Bahrin dgn suami dan anak pun dtg-
-Abg Ngah dgn Mama-

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui. (QS. An-Nur: 32)


Saturday, March 30, 2013

LIMA 2013

LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE EXHIBITION (LIMA 2013) telah berlangsung lagi pada tahun ini di Langkawi pada 26-30 Mac 2013.


Alhamdulillah untuk LIMA yang sedang berlangsung ini, dapat lah cari duit sikit dengan ambik upah untuk pasang banner LIMA 13 kat jalan-jalan utama kat KL. 2 minggu lepas settled dah urusan untuk pasang semua banner.. 4 malam we all ambik masa untuk pasang semua banner..

Lokasi yang kita orang pasang banner hari tu: Jalan Wangsa Maju-Jelatek,
 Jalan Ampang-KLCC, Sepanjang Jalan Tun Razak dari Bulatan Pahang, kawasan MINDEF,
 Jalan ayer pansa- Jalan Semarak. Dengan menggunakan satu van & satu alza, kitaorang sewa tangga, jaket keselamatan dan kon untuk tutup jalan.. Paling mencabar apabila kena pasang kat tengah2 pembahagi jalan yang x blh nk tutup jalan. Contoh mcm dekat jalan KLCC dan Jalan Tun Razak.. Memang mencabar sebab awal pagi ramai kereta bawak laju.. sebab jalan kosong.. Alhamdulillah sewaktu pasang banner ni xde benda yang x diingini berlaku.. 

Time pasang banner ni mcm2 boleh tengok gelagat manusia waktu malam kat kuala lumpur ni.. 
Ada yang accident baru keluar dari club malam.. Ada yang merempit.. Ada golongan gelandangan yang tiada rumah.. Mereka mencari makanan dan tin-tin kosong dalam tong sampah.. Banyak benda aku boleh belajar dan ambik iktibar untuk diri ini.. Orang cina pagi-pagi dah keluar untuk cari rezeki.. Itu salah satu sebab mengapa diaorang ekonomi bagus.. Bukan kah rezeki itu akan ada bagi orang yang keluar di awal pagi.. 

Bila dah buat kerja pasang banner ni, memang penat sangat.. Sebab siang hari berkerja kt pejabat.. Malam plak start kul 8 sampai 2.45 pagi pasang banner.. Memang tak cukup tido.. Sampai ada gak la terlajak bangun pagi.. Bila fikir-fikir rasa mcm budak praktikal overseas plak kan, siang praktikal kat company, malam plak kerja part time.. 

Just nak share few pictures time wat pasang banner tu. :) 

- Pasang banner kat tepi jalan-

- Banner yang sedang dipasang-

-www.lima.com.my-

-LIMA kembali-

-Time cucuk besi kat banner sebelum boleh ikat kat tiang-

-Kerja-kerja ikat banner kat tiang lampu tengah jalan-

- Semua banner yang kena pasang-

-No lesen DBKL, lebih 450 banner aku kena tulis tangan no lesen-

-Banner siap untuk di pasang- 









Monday, March 25, 2013

BB1M voucher buku


Alhamdulillah.. Dapat Voucher Buku untuk semester terakhir di UiTM.. 
Disebabkan sekarang tengah praktikal so tak perlu beli buku untuk study.. 
Voucher buku bernilai RM250 dapat lah beli beberapa buku untuk bacaan.. 

Just nak share few books yang dapat beli.. Still ada RM50 voucher buku tak guna lagi.. hihi... 

-Tinggal RM50 je voucher yg belum guna lagi-
-Novel tentang Syabab iaitu pemuda yang berjaya selepas menempuhi kepayahan dan kesusahan sebagai anak yatim-

"Kita orang miskin mesti rajin, jangan sombong dan jangan kedekut"
 Pesan ibu Dr.Robioah kepada dirinya-
- Beduk diketuk, pasti ada ingatan atau
perkara penting yang ingin disampaikan-
-Kisah Teladan dari zaman Rasulullah saw-

-Travelog Kehidupan Abadi..  Travelog yang ke tiga dalam simpanan-
-Sirah Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW..  Sangat sedih bila membaca pengorbanan Nabi SAW kepada kita semua.. Umat akhir zaman.. Umat yang dirindu oleh kekasih Allah ini.. Kita semua.. -
-Sebelum Aku Bernikah- Mengubah persepsi diri ku mengenai persiapan sebelum bernikah.. Perbaiki diri dan pasangan insyaallah akan lahirlah zuriat yang soleh dan solehah- 
- Di mana Allah kita letakkan di Hati kita-


Moga ilmu-ilmu yang dapat dari buku-buku ini dapat lah diri ini berkongsi di FB, twitter atau blog..
Masih banyak ilmu yang perlu dicari..
Untuk menjadi khalifah yang terbaik di muka bumi ini.. 

Thursday, February 14, 2013

Result..


Esok 15/02/2013 insyaallah result exam untuk sem lepas akan keluar..
Result esok adalah result yang ke-3 sebagai student degree.. 
Tak tahu nk cakap mcm mana perasaan ni..
Nervous, risau, takut dan excited.. 
Serius memang risau + takut untuk result esok.. 
Tapi kena terima juga apa pun result nya..
Kita dah cuba buat yang terbaik..
Dan ALLAH akan balas usaha kita yang selayakNya..

Kadangkala aku berfikir, adakah aku belajar kerana Pointer yg tinggi atau kerana menuntut ilmu.. 
Kadang2 orang kata jika kita belajar kerana Pointer kita akan mudah lupa apa yg belajar selepas habis peperiksaan.. Kalau belajar kerana ingin menuntut ilmu, pasti ilmu itu mudah di ingati dan tidak mudah lupa..
Moga diri ini belajar kerana ilmu dan bukan kerana Pointer..
 
Satu benda yang selalu aku pegang bila belajar, kita belajar dengan seikhlas hati dan semampu boleh..
DUIT = Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal
Jika kita sudah berusaha, yang lain serah pada ALLAH..
ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita semua.. 

Jika tidak dapat apa yang kita capai, usah putus asa atau kecewa.. 
Kerana mungkin ada salah silap yang kita lakukan tanpa kita sedari..
Mungkin kerana masa nya belum tiba untuk kita..
Percaya pada ALLAH..
Jangan pernah putus asa pada ALLAH..

Teringat kata2 Ustaz Kazim Elias, "Orang yang solat dan selalu berzikir pada ALLAH pasti akan sentiasa tenang walau dalam Musibah.. Kerana mereka tahu ALLAH sedang mengujinya.."

Insyaallah malam ni baca yaasin dan buat solat hajat..
Nak doakan yang terbaik buat diri dan kawan-kawan..

Bila hati risau , serahlah hati mu pada Pencipta..
Pasti DIA mendengar rintihan hambaNYA.. 


Sunday, February 3, 2013

Maulid Nabi

~ Ustaz Don Daniyal dan Habib Ali Zainal ~
Jumaat yang lepas dapat hadir ke Majlis Maulid Akbar yg dianjurkan oleh Darul Murtadza di Masjid Muadz, Setiawangsa..  Sambutan sangat luar biasa sebab Masjid sangat penuh dengan hadirin yang hadir untuk meraikan hari kelahiran Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.. Lebih ramai dari orang yang hadir untuk solat jumaat.. Allah Maha Besar.. Allah yang mengerakkan hati-hati insan ini untuk hadir ke majlis ilmu ini.. Sesungguhnya para malaikat akan mencatit nama sesiapa yang hadir ke majlis ilmu dan akan membuka sayapnya memayungi mereka yang hadir di majlis ilmu.. 

Sedikit ilmu yang dapat dari majlis ilmu itu untuk dikongsi bersama:

"Dakwah yang paling mudah adalah dengan akhlak yang mulia. Kerana akhlak yang mulia orang bukan islam pun akan tertarik dengan islam.. Islam itu mencakupi dalam segala aspek kehidupan.. Kehidupan di dunia dan di akhirat.."

"Bertaqwa lah kamu dengan sebenar-benar taqwa.. Janganlah kita menjadi orang yang tidak konsistent dalam melakukan ibadah.. Istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara itu lebih baik.."

"Jadilah orang yang apabila berkata-kata, orang lain tidak sabar mendengarnya.. Katakanlah yang benar dan baik-baik sahaja.."

"Manusia tidak pernah cukup pada dua perkara, yang pertama adalah keseronokan dunia dan yang kedua adalah ilmu.. Ilmu jua adalah yang terbaik.."

"Kita ada di majlis ilmu ini kerana Allah pilih kita.. Bersyukurlah.. Kerana ada insan lain yang terkapai-kapai dalam mencari erti kebenaran.."

" 2 ayat al-quran yang disampaikan oleh alim ulama lebih berharga dari harga 2 ekot unta.. Betapa bernilainya ayat-ayat kalam Allah yang disampaikan oleh alim ulama kepada kita.. "


Yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu datang dari ini.. Jika ada yang tersalah pohon dibetulkan.. Diri ini masih perlu menuntut ilmu..