wallpaper

Friday, March 7, 2014

Ujian ini milik Allah

Kesakitan ini adalah salah satu ujian dari Allah.. Mungkin kerna aku kadangkala lupa pada Allah.. di sibukkan diri dengan perkara dunia.. Aku sedar aku lupa pada Allah kerana aku kejar pada dunia..

Allah suruh aku berehat.. Allah suruh aku fikir dan terus berfikir.. Memang Allah bg aku tanggungjawab untk kerjaya aku, tapi Allah nak diri ini ingat yg tanggungjawab dan hak Allah pada aku kena jaga. 

Aku takut mati.. Bukankah mati itu pasti.. Pengalaman dalam terowong MRI scan buat aku rasa bagaimana kita mati nanti.. Walau 15 minit dlm terowong MRI tu,aku rasa tak selesa sbb kurang udara dlm tu.. aku rasa keseorangan.. nak gerak doktor tak bagi gerak.. macam tu nanti kita dalam kubur nanti.. kegelapan dan keseorangan..

Aku bersyukur sebab Allah panjangkan umur mama.. Kasih sayang seorang ibu tak pernah kurang.. Walau tak diminta temankan aku kt wad ni, mama tetap temankan.. Katanya kesian aku tinggal sorang2.. Kesian tengok mama terkejar nak dtg sini dan balik rumah sbb nk siapkan kaklong yg baru bersalin.. Hanya Allah dapat balas jasa mama..

Pagi ni nurse suruh makan awal sbb kejap lagi kena puasa.. Petang nanti kena masuk bilik pembedahan sbb doktor nk buat injection kt tulang belakang yg sakit.
Moga dipermudahkan urusan ini.. Moga aku cepat sembuh.. Aku insan yang lemah.. Yang mengharap ihsan dari Allah untuk hidup di dunia ini..

Tuesday, September 10, 2013

Episod pertama bermula

Episod kehidupan baru bermula.. Kehidupan seorang pelajar makin hilang dari diri.. Belajar erti susah payah dalam mencari rezeki untuk diri dan keluarga.. Belajar erti tanggungjawab.. Tanggungjawab pada diri, keluarga dan kerjaya.. Mungkin cabaran dan tanggungjawab kita berbeza.. Tetapi kepayahan itu pasti dijalan yang sama.. 

Seminggu lebih sudah aku bekerja di RHB ini.. Ditengah-tengah kotaraya kuala lumpur.. Yang tidak pernah sunyi dari kelendar hidup manusia.. Pada aku kerjaya kali ini berbeza dari yang aku pernah kerja.. Kerna besar tanggungjawab di bahu ini.. Tinggi harapan dari pengurus buat aku dan sahabat.. 

Ikhlas kan diri untuk mencari rezeki pasti kerja mudah dijalani.. Amanah dalam apa jua yang diceburi.. Pasti Allah akan menjaga diri kita ini.. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada risiko.. Perlu tahu bagaimana untuk memastikan risiko itu tidak pada diri kita.. 

Moga perjalanan pertama ini yang baru bermula dipermudahkan illahi.. Kerna pasti akan banyak cabaran yang akan menanti.. Tanggungjawab besar juga akan menyusul di kemudian hari.. Aku perlu kuat dan bersabar untuk menjadi insan sejati..

Thursday, August 22, 2013

Cabaran bermula

Alhamdulillah.. Akhirnya selesai jua pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) selepas berhempas pulas selama 2 tahun.. Walaupun tidak dapat tamat dengan kelas pertama, aku bersyukur dengan keputusan yang ada.. Kerna setiap apa yang kita dapat adalah bergantung pada usaha kita..

Jangan pernah salahkan orang lain.. Kerna diri lebih tahu betapa kuat usaha kita dalam pengajian.. Tamat dengan Kelas Kedua(Tinggi) pun sudah cukup bagi aku.. Ada peningkatan berbanding keputusan diploma dulu.. InsyaAllah november ini akan berkonvi di UiTM Lendu. First batch yang akan konvo di sana.. Kalau mengikut perancang..

Tamatnya belajar bermaksud aku perlu mencari kerja.. Sudah beberapa interview aku pergi.. Kebanyakkan nya masih menunggu keputusan nya.. Buat masa ini aku berkerja di bahagian sales untuk Bank Rakyat Setapak.. Dapat basic + commission loan.. Alhamdulillah sebulan aku buat sales ni bnyk gak commission aku dapat.

Pengurus Cawangan selalu pesan, jangan pernah putus asa untuk cari kerja.. Yang penting kena usaha dulu.. Yang lain akan datang.. Cuma antara cepat atau lambat.. Pengurus pesan kalo aku buat sales ni, atleast nanti ada pengalaman berkaitan sales dan marketing so nanti senang bila interview dgn bank..

Mama selalu tanya bila blh dapat kerja tetap.. Aku faham.. Mungkin mama risau tengok anak dia yang ada degree ni belum dapat kerja yang setimpal dengan kelulusan aku.. Jangan risau mama.. InsyaAllah kerja ni pun ada rezeki untuk mama n adik-adik.. Allah tahu apa yang terbaik untuk diri ini.. 

Setiap hari aku akan keluar bertemu pelanggan berkaitan personal loan bank rakyat.. Setiap hari gak akan mengedar kan risalah di Pejabat kakitangan awam, kuarters dan Sekolah.. Yang penting kita usaha.. InsyaAllah ada rezeki untuk aku pasti akan ada juga akhirnya.. 

+ lama tak update blog ni.. Lupa nk ucap Selamat Hari Raya.. InsyaAllah next entry akan explain pasal BNM punya arahan berkaitan loan 10 tahun dan impact jika PTPTN loan dimasukkan dalam sistem CCRISS. +

Wednesday, July 10, 2013

Allah bersamamu Dr Mursi!

Assalamualaikum..
Pada kali saya ingin berkongsi berkaitan apa yang telah terjadi di Mesir.. 
Ingin saya berkongsi bersama kalian kata-kata dari Ulama' Besar Islam iaitu Dr Yusuf Al-Qardhawi. Beliau berkata; "Bagaimana kita (org mesir) boleh bersabar dengan Mubarak selama 30 tahun tapi tidak boleh bersabar dengan Mursi selama setahun". 

Dr Mohamed Mursi , President Mesir yang dipilh oleh majoriti penduduk mesir melalui sistem demokrasi yang bersih telah digulingkan atau dirampas kuasa oleh pihak tentera.  Sepertimana yang kita tahu Dr Mursi adalah Presiden Mesir yang pertama dipilih melalui demokrasi. Sebelum ini Mesir dipimpin oleh President Hosni Mubarak, iaitu seorang yang cukup dikenali sebagai ditaktor dan berkawan baik dengan Amerika dan Israel. 

Jatuhnya kepimpinan Dr Mursi iaitu seorang hufaz al-quran, selalu menjadi imam dan solat berjemaah bersama rakyat mesir dan seorang yang sangat menegakkan syariat islam di Mesir. Pihak Amerika dan Israel  sangat takut pada Dr Mursi dan kepimpinan Ikhawanul Muslimin kerana ketegasan beliau dalam menegakkan islam dan membela Palestin. 

Apabila Dr Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir, antara perkara yang dilakukannya adalah beliau mengecam Israel ketika serangan Israel secara besar-besaran ke atas Palestin tahun lalu. Beliau juga telah membuka lorong bekalan bahan bantuan ke Palestine di tebing Raffah yang selama ini ditutup ketika pemerintahan Hosni Mubarak. Beliau juga nekad memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria untuk menentang pembunuhan dan penindasan ke atas orang Islam oleh Regim Syiah Basyar Assad. Perkara-perkara ini tidak disenangi oleh pihak-pihak yang takut dengan kebangkitan Islam dan kemunculan khalifah.

Sebahagian rakyat Mesir yang menentang Dr Mursi adalah kerana mereka menganggap Dr Mursi tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi negara Mesir dan ianya juga adalah hasil campur tangan pihak liberal dan anasir asing. Ketika dibawah kepimpinan Hosni Mubarak, kadar pengganguran sangat lah tinggi dan kebanyakkan hasil kerajaan adalah dibawah monopoli pihak tentera.  Dr Mursi baru sahaja memegang tampuk kepimpinan yang telah lama dikawal kekayaan negara oleh Rejim Hosni Mubarak. Maka ianya akan mengambil masa yang lama untuk menstabilkan kembali ekonomi dan ketirisan di dalam negara. 

Implikasi dari jatuhnya kepimpinan Dr Mursi di Mesir, Mesir akan dikawal oleh anasir luar yang terutamanya dari Amerika Syarikat iaitu penyumbang terbanyak kepada bantuan ketenteraan Mesir. Israel juga pasti akan  bergembira kerana tiada lagi pemimpin yang betul-betul berani melawannnya. Selepas sahaja jatuhnya kepimpinan Dr Mursi, pihak tentera telah menutup 'Raffah Gate" dan menutup terowong-terowong yang ada diantara Mesir dan Palestin. Umat Islam di Palestin ditindas secara langsung dari penutupan terowong ini iaitu satu-satunya pintu untuk mendapat bantuan dari luar.

Moga ALLLAH memberi kemenangan kepada Pihak Ikhwanul Muslimin dan mengembalikan kepimpinan Dr Mursi.. Alhamdulillah.. Semalam saya dapat bersama-sama dengan sahabat-sahabat dari NGO IKRAM,HALUAN,ABIM dan PAS untuk membuat bantahan secara aman dan menghantar memorandom bantahan kepada Kedutaan Mesir di Malaysia. 


 



 






Friday, July 5, 2013

Degree done!

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah kerana dengan izinNya selesai jua untuk degree ini.. Selepas 2 tahun mencuba yang sebaik mungkin untuk mendapat segulung degree ini InsyaAllah..

Praktikal dan Viva untuk pembentangan thesis juga sudah selesai.. Terima kasih sangat pada 'pair' aku untuk thesis ini.. Selesai jua thesis kami berkaitan "A Study of Relationship between Non-Performing Loans and Macroeconomic Variables".

Masa untuk berkerja semula akhirnya sampai kembali.. Masa untuk berjasa kembali kepada keluarga.. Moga Allah murahkan rezeki kepada kami semua.. Agar kami semua dapat perkerjaan yang terbaik dan diredhai oleh Allah..

Kalo ikut pada perancangan, sepatutnya minggu ini aku dah start kerja sebagai BR Smart di Bank Rakyat Setapak .Tetapi Allah telah mentakdirkan resume aku hantar hari tu untuk jawatan eksekutif di Bank Rakyat telah dipanggil untuk interview. Alhamdulillah interview itu dah dijalankan hari selasa yg lepas.. Part yg best sbb aku dengan roomate aku sama2 dipanggil untuk interview position tu.. Moga ada lah rezeki untuk kami..

Kakak office kt setapak ckp "Wan, ko ni tamak eh.. sampai dua kerja ko apply.. hehe.. xpe.. akak hold dulu post BR Smart ni.." Aku plak ckp " kak, saya pun tak tau last minute dpt call dari HQ.. So pergi je la.. "

Masa hari interview kt bank rakyat hari tu, masa tu jugak la aku dapat email dari Public Bank untuk position Management Trainee.. Hmm.. Rasa berat je nk pergi.. Sbb aku tau environment mcm mana.. Tapi takpe kan.. Kadang-kadang kena cabar diri.. Kita tak boleh suka kt zone selesa je.. InsyaAllah isnin depan akan pergi interview di sana..

Kita merancang.. Allah juga telah merancang untuk kita.. Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik aturan.. Kita perlu berusaha dahulu.. Setelah usaha sebaik mungkin, serahkan lah pada Allah.. :)

Bekerja tidak sama seperti masa kita belajar.. Mungkin ramai orang suka sebab dapat rasa duit sendiri.. ya memang betul pun.. Tapi wang ringgit yang kita dapat itu diiringi dengan tanggungjawab dan amanah.. Di kemudian hari, kita akan ditanya dengan amanah yang diberi.. Adakah kita amanah atau tidak.. Imam Al-Ghazali mengatakan perkara yang paling berat sekali adalah AMANAH!

Jaga Amanah itu elok-elok.. Kerna dengan wang ringgit yang kita dapat itulah untuk kita beri makan pada diri dan keluarga.. Apa yang kita makan itulah yang akan terhasil pada diri kita.. Moga Allah jauh kan diri kita dari sikap mazmumah dan tidak amanah.. :)

All the best buat kawan-kawan yang berusaha untuk mencari rezeki yang halal.. Tahniah buat yang dah berkerja.. Moga rezeki yang kita dapat ini dapat memberi manfaat pada diri kita, keluarga, masyarakat dan agama.. (^_^)

Thursday, June 20, 2013

Tamatnya praktikal

Praktikal atau latihan industri selesai jua selama 5 bulan di Bank Rakyat.. Sangat banyak perkara yang aku belajar dan  fahami.. Walau sebelum ini aku sudah berkerja di sebuah bank selama 2 tahun, ia tetap tidak membezakan aku untuk berkerja sebagai seorang pelajar praktikal .

Tempoh lima bulan ini membolehkan aku bekerja di setiap unit yang ada di cawangan Bank Rakyat.Setiap bulan aku akan berkerja di unit berbeza, ini memberi nilai tambah kepada pelajar kerana kita tahu mengenai operasi sesebuah cawangan.  Aku dapat bekerja di Unit Susulan dan Dokumentasi, Unit Operasi Bank dan Unit Kredit. Unit Susulan banyak mengajar aku berkaitan apa langkah yg kita perlu lakukan untuk mengelakkan akaun pelanggan menjadi NPL atau tertunggak, aku belajar berkaitan ar-rahnu juga.. Unit Dokumentasi berkaitan penyediaan dokumen pinjaman. Unit Operasi Bank amatlah penting bagi setiap cawangan kerana ia memainkan peranan yg tinggi dalam operasi cawangan. Unit Kredit aku lebih banyak membantu pelanggan dalam pengiraan pinjaman yang layak dan banyak mengikuti pegawai membuka booth pinjaman untuk festival yang ada.

Praktikal ini adalah satu persediaan sebelum masuk ke alam perkerjaan yang sebenar. Walau nampak seperti tidak ada tanggungjawab yang sebenar, ianya tetap mengajar kita erti suatu pekerjaan. 

Amanah.. Jika kita praktikal atau berkerja di Bank atau syarikat apa pun. Amanah adalah amat penting.. Kerana kita memegang amanah orang lain.. Bekerja lah dengan jujur dengan amanah. Kerana sekali orang hilang kepercayaan pada kita, buat selamanya kita akan menanggung kesannya. Mungkin kita boleh sembunyi dari pandangan manusia dan CCTV tetapi pandangan Allah tidak dapat kita sembunyikan di mana jua kita berada. Allah lebih mengetahui atas setiap apa yang terjadi di dunia ini.

Praktikal sudah habis.. Viva untuk pembentangan thesis pula akan menanti.. InsyaAllah 25hb jun ini akan membentangkan thesis di UiTM Kampus Melaka.. Moga apa yang dirancang terlaksa dengan jayanya.. 

Hati aku dekat dengan industri Perbankan ni.. Mungkin sebab aku sangat enjoy dengan apa yang aku buat.. Dulu belajar Diploma in Banking, tamat terus kerja kt Bank. Sambung study ambik Degree in Finance plak, praktikal kat Bank Rakyat pula.. InsyaAllah moga ada rezeki dalam industri perbankan lagi.. 

Sunday, June 2, 2013

Ketika Cinta Bertasbih

Ketika Cinta Bertasbih: 



Karya filem-filem Indonesia yang diangkat dari Novel Habiburrahman sangat menarik.. Tersentuh hati dan menusuk kalbu.. Karya dari indonesia boleh kira lebih baik dari filem-filem di Malaysia.. Moga satu hari nanti Malaysia juga dapat menghasilkan filem yang lebih bercorah islam dan patuh shariah.. 

Ketika Cinta Bertasbih adalah filem indonesia yang sangat menarik untuk ditonton.. Walau dah banyak kali tengok tetap tak pernah bosan.. Untuk filem Ketika Cinta Bertasbih 2, lebih kepada Saudara Azam untuk mencari jodoh buat dirinya sebelum akhirnya di ijabkabulkan dengan Miss Anna yang pernah dibantu ketika di Cairo.. 

Apa yang aku ingin kongsikan disini, apakah criteria yang dipilih oleh Mas Azam dan ibunya dalam memilih calon isteri untuk dirinya. Pertama, Ibu Mas Azam melihat wanita itu mestilah menutup auratnya dan tidak tidur selepas subuh kerana pintu rezeki sentiasa terbuka di pagi hari. Keduanya, Mas Azam melihat latar belakang didikan agama dan wanita solehah sebagai calon isterinya. Ketiganya, Mas Azam melihat bagaimana potongan tudung wanita itu. Adakah memakai tudung tetapi tidak menutup sebahagian bentuk badannya atau tidak. Keempat, Mas Azam akan bersetuju dengan calon isteri yang direstui oleh ibunya kerana keredhaan ibubapa adalah sangat penting dalam hidup seseorang itu. 

Sabda Rasulullah SAW: 

"Dan pilihlah perempuan dengan hartanya, kecantikannya, keturunan dan agamanya. Adapun agamalah yang menjadi keutamaan."

"Jika terlintas di hati seseorang untuk melamar perempuan, maka diharuskan untuk dia melihatnya (perempuan yang ingin dilamar)"  -Hadis riwayat Abu Daud-

"Tidak halal bagi kamu pernjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain."

"Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dam baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi perkertinya."