wallpaper

Friday, December 7, 2012

Buatmu Wanita


Jaga lah ia seperti tanggungjawab buat mu..
Jangan dipermainkan hati dan perasaan itu..
Kerna ia sangat mudah untuk terluka..
Tetapi susah untuk disembuh..


Jangan kamu menyentuh yg belum halal buat mu..
Kerna ia akan merendah kan maruah mereka..
Hormati mereka..
Kerna ia sangat tidak ternilai buat mereka..
Halal itu adalah yg terbaik..
Kerna itu ia diwajibkan bagi yg mampu..

Sabar lah hati..
Usah kau gusar..
Kerna Allah tahu apa yg terbaik buat mu..
Masa itu akan tiba..
Kerna ia sudah ditetapkan oleh NYA..


Wednesday, November 28, 2012

Cinta, Rindu, Sayang & Mata..

Cinta..
Cinta itu sangat tersembunyi..
Kadang kala kita rasa seperti dia jodoh kita..
Tapi akhirnya terpisah juga kita..

Rindu..
Rindu itu sesuatu yang unik..
Tetapi adakah betul itu perasaan rindu..
Mungkin saja itu perasaan kita..

Sayang..
Sayang itu harus berpada-pada..
Mungkin sayang itu akan terhapus nanti..
Sayang itu perasaan yang indah..
Moga sayang itu kekal buat selamanya.. 

Mata..
Mata itu kadangkala buat kita rasa tertipu..
Pertama kali mata memandang terus rasa cinta..
Apabila nampak sebaliknya adakah perlu sedih?
Mata itu perlu lebih berhati-hati..

"Lelaki yang beriman akan selalu menjaga pandangan mata..
Kerna dari mata punca segalanya.. Wanita yang beriman akan selalu menjaga auratnya.. Kerna aurat itu sangat mahal baginya.."




Tuesday, November 13, 2012

Ustaz Don Daniyal


Ustaz Don Daniyal sudah menjadi fenomena buat orang muda sekarang..
Cara berceramah yang berbeza dengan cara biasa dapat menarik minat orang muda berkaitan islam..
Beliau adalah pengacara Bual Bicara : 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV AL-HIJRAH..

Gaya ceramah yang lebih santai dan mudah difahami..
Alhamdulillah saya dapat bersua muka dengan Ustaz Don ketika majlis imarahkan Masjid Bersama TV Al-Hijrah.. Beliau sangat tenang dan mudah didekati..

Untuk Post kali ini, saya nak berkongsi berkaitan contoh perkahwinan Islam yang kita boleh ambik dan praktik kan dalam kehidupan..

Ini adalah contoh perkahwinan Islam 'fairy tale' zaman sekarang..

8 pengajaran dari majlis perkahwinan Ustaz Don:

Pertama : Sederhana tetapi indah. Dimulakan dengan selawat (bukan lagu-lagu cinta/romantik)

Kedua : Hanya Hawa yang memakai inai (di pergelangan tangan sahaja, bukan di tempat aurat; sampai siku atau pergelangan kaki.

Ketiga : 'Make-up' Hawa tidak perlu tebal dan tak perlu berhabis beribu RM untuk 'make-up'. Adam tidak mahu Hawanya menjadi orang lain.

Keempat : Selesai ijab kabul, solat sunat menyusul. Adam jadi imam. Hawa jadi makmum. Itu fitrah

Kelima : Sebelum cincin disaung pada jari Hawa, Adam memegang ubun-ubun Hawa seraya menyebut nama Allah.

Keenam : Tiada sesi bersanding/merenjis. Pelamin yang dibina hanya untuk tujuan bergambar.

Ketujuh : Hantaran dari pihak Adam & Hawa hanya barangan makanan yang mahu dikongsi kegembiraan ketika membukanya dengan seisi keluarga.

Kelapan : Aurat dijaga dan waktu solat tidak terlalai dek kesibukan majlis.


Sunday, November 4, 2012

Praktikal..


Masa sangat pantas berlalu, rasa seperti baru sahaja masuk belajar di UiTM Bandaraya Melaka ini.. Sekarang sudah nak masuk setahun dua bulan belajar disini.. 
Sekarang sudah masuk bulan November, maknanya lagi 2 bulan sahaja tempoh untuk belajar dan peperiksaan.. Start dari 28hb January 2013 hingga 14 June 2013 akan bermulanya fasa latihan industri.. 

Masa cuti midterm ini, baru lah rajin nak start apply cari.. Ada few company yang dah dpt info pasal they all offer tempat praktikal.. 6 tempat praktikal dah siap untuk dipos.. Harap dapat lah salah satu..

Ada Pensyarah cakap, tempat praktikal ini kalo boleh cari yang well-establish company sebab nanti kat resume kita baru cantik sebab praktikal kat company besar.. Mana la tau ada rezeki terus dapat kerja.. 

Sekarang ini yang penting ada tempat praktikal dulu, pasal allowance 2nd factor la.. 
Insyaallah nak buat praktikal kat KL sbb nanti boleh jimat duit.. 

Untuk apply tempat praktikal ini, hantar kat company itu cover letter, resume, mini transkrip & surat jawapan..

-My resume done-

-Yeah.. Siap untuk di pos-

24 tahun


Salam... Alhamdulillah pada 30 October yang lalu, genap umur diri ini 24 Tahun.. 
Makin meningkat angka ini diharap makin matang diri ini..
Terima kasih buat Mama yang telah melahirkan dan membesarkan diri ini..
Terlalu banyak pengorbanan dan kesabaran dalam membesarkan diri ini..
Ini lah anak yang malas belajar ketika kecil, ponteng sekolah agama dan bermacam ragam lagi.. 
Terlalu banyak kenakalan diri ini..

Terima Kasih di ucapkan kepada kawan-kawan yang memberi ucapan dan doa kalian di twitter dan facebook.. Semoga Allah memberi ganjaran yang selayaknya kepada kalian..

Terima Kasih kat kedua-dua adik kesayanganku yang setiap tahun akan buat kad ucapan yang comel.. Terima kasih untuk hadiah yang Yaya dan Shasha berikan..


-Kad Ucapan dari Yaya & Shasha-

-Kad Ucapan bahagian dalam.. adik2-

-Shasha & Yaya-

Saturday, October 27, 2012

Tanggungjawab..


-Kredit untuk FB Brotherhoodarts -

Lelaki dan Wanita mempunyai peranan yang berbeza.. Lelaki pada tanggungjawabnya dan Wanita pada ketabahannya.. Sebagai seorang lelaki tanggungjawab pada ibunya adalah sampai bila-bila, sehingga ibunya meninggal dunia.. Wanita apabila sudah berkahwin, tanggungjawabnya pada suami nya pula.. 

Kita hanya merancang tetapi Allah mengatur segalanya..
Allah lebih tahu apa yang terbaik pada hambaNya.. 
Lelaki perlu kuat dari segi mental dan fizikal untuk menjadi ketua keluarga.. Segala apa yang terjadi pada keluarganya adalah di bawah tanggungjawabnya.. Ia nya pasti akan dipersoalkan kelak adakah dia sudah memberi didikan yang sempurna kepada keluarganya atau tidak.. 

Tanggungjawab yang terbesar adalah mendidik anak-anak dan menjaga aurat keluarganya.. Insyaallah jika didikan agama telah diberi kepada lelaki itu maka dia akan tahu bagaimana ingin membimbing keluarga nya.. 
Dalam islam tidak melarang kita berfesyen tetapi kita perlu tahu adakah pakaian kita memenuhi syariah atau tidak.. Tidak susah untuk menutup aurat tetapi agak sukar untuk memastikan pakaian itu menutup aurat atau tidak..

-Kredit untuk Haslinda Alias-


Friday, October 26, 2012

Wajib atau Sunat?

-Gambar kredit pada ILuvislam-
Alhamdulillah hari ini sudah selesai urusan korban lembu di kawasan perumahan.. 
Hari Raya Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari jumaat, selalunya urusan korban semua perlu pantas dilakukan.. Ini bagi membolehkan orang lelaki solat jumaat dan urusan korban selesai sebelum solat.. 
Entry ini muncul apabila teringat perbualan saya dengan Pak Cu tadi.. 

Sebelum solat jumaat tadi, Saya dan Pak Cu sempat bergurau.. " Wan pagi tadi kita dah solat sunat kan.. So kira dah jemaah la hari ni.. Jumaat tak pergi  xpe la.." Lantas saya pun cakap, " Pak Cu yang pagi tadi sunat je, yang kejap lagi ni wajib.. hahaha"

Bila kita fikir balik, ini lah yang selalu terjadi pada diri kita ini.. Sering kali kita utama kan perkara yang sunat berbanding perkara yang wajib.. Kita sanggup melakukan pelbagai perkara yang sunat tetapi perkara yang wajib kita abai kan.. Bukan bermakna tinggalkan yang sunat tetapi wajib itu perlu dijaga sesungguhnya..

Perkara wajib itu umpama batu asas kehidupan.. Jika lemah asas nya maka lemah lah kehidupan itu.. Jika kuat batu asasnya, kuat lah kehidupan itu.. Apabila kita pergi buat selama-lamanya, persoalan pertama akan disoal adala perkara wajib.. Adakah ia nya telah lengkap.. Perkara sunat akan menjadi extra pertolongan kita bila wajib kita lemah.. 

Kita tukar perkara wajib atau sunat ini kepada perkara seharian kita.. Kita sering lupa pada perkara utama kita tetapi kita utama kan perkara sampingan.. Bukan kah berjasa kepada ibubapa adalah lebih baik dari kita berjasa kepada orang lain.. Jika keluarga kita bahagia, ia nya akan memberi impak kepada masyarakat.. Nescaya negara juga akan mendapat impaknya..

~ Jaga lah yang wajib, nescaya yang sunat pasti akan menyusul~


Muhasabah diri..


Seringkali diri ini lalai.. Seringkali diri ini lupa.. Lupa pada tanggungjawab yang di amanahkan oleh Nya.. 
Terlalu sibuk dan alpa pada tanggungjawab hakiki.. 
Perkara wajib belum pasti dilaksana sepenuhnya..
Tidak kah malu pada diri mu? Islam itu agama mu.. Islam itu cara hidup mu.. 

Kita lagi senang melakukan dosa dari pahala.. 
Adakah kita lupa neraka tempat untuk orang yang tidak diterima olehNya.. 
Syurga itu tempat yang abadi.. Tempat yang semua orang pasti mahu memilikinya.. 

Cuba tanya pada diri mu: 
Adakah aku telah berusaha untuk masuk ke Syurga ? 
Adakah aku layak ke Syurga ? 
Adakah amalan aku diterima oleh Nya ? 
Adakah amalan aku ikhlas untuk Nya ?

Ampuni lah dosa kami Ya Allah.. Kami ini terlalu asyik dengan isi dunia ini.. Kami ingat pada Mu ketika kami susah dan derita... Bukan kah Allah itu ada sepanjang masa.. 
Bukan ketika kita susah sahaja.. Fikirkan.. 






Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Moga mereka yang menunaikan haji mendapat Haji yang Mabrur..
Moga mereka konsistent ke arah kebaikan selepas pulang dari tanah suci..
Selamat pulang ke tanah air..

Moga mereka yang melakukan ibadah korban dan aqiqah di terima oleh Allah..
Moga aqiqah dan korban itu dapat mengembirakan orang lain hasil agihan daging itu.. 
Selamat menjalani ibadah korban.. 

* Hari Tasyriq - 11,12,13 Zulhijjah adalah hari haram untuk berpuasa.. 

-sumber FB Ustaz Zahazan-
-sumber FB Ustaz Zahazan-




Thursday, October 25, 2012

Abah..


Petang itu aku rasa hiba dan sedih.. Melihat ayah dan ibu datang membawa pulang anak mereka.. Alangkah beruntung mereka kerana masih ada ayah dan ibu.. Alhamdulillah Mama masih kuat untuk menjaga dan membesarkan adik-adik dan kami semua.. Abah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 2006.. Sekejap je sudah 6 tahun berlalu..

Kenangan bersama abah bagaikan tidak cukup lagi.. Tarikh 07/01/2006 itulah tarikh abah meninggalkan kami semua..  Sehari sebelumnya, hari itu Abah berkerja shift malam, keadaan abah sihat seperti biasa. Tiada tanda-tanda abah sakit.. Abah pulang pada pukul 4 ptg untuk mengambil Acik di Asrama Sekolah Agama Segambut.. Hari itu aku tengok Mama, Kak Teh, Nurul dan Yaya semua ingin ikut sekali ambik Acik. Aku tinggal di rumah seorang, hari itu adalah minggu pertama acik di sekolah itu..

Petang itu Jumaat, aku masih ingat ketika itu aku menonton Program Al-Kuliyyah di TV3.  Mama telefon mengatakan abah sakit dada ketika hendak pulang dari sekolah acik.. Petang itu Abah dimasukkan ke Hospital Selayang.. Ya Allah kuatkanlah hati mama dan kami semua untuk ujian ini..

Malam itu Mama pulang sebentar untuk mengambil baju abah dan kami semua tinggal di rumah.. Ketika kami semua bersiap untuk masuk tidur, Mama telefon mengatakan abah sudah tenat di wad ICU.. Kuatkan lah hati mama.. Mak Lang yang tinggal hampir dengan rumah kami datang membawa kami ke Hospital Selayang..

Kereta yang kami naik baru saja masuk ke kawasan Hospital, Mak cik kami dapat call yang mengatakan Abah telah pergi buat selama-lamanya.. Kami semua menangis.. Kak Teh, Nurul, Acik, yaya, Kak bunga, Abang Ngah semua menangis..

Kehilangan.. Itu perkataan yang dapat digambarkan.. Melihat jenazah abah di bilik mayat.. Kami menangis tanpa henti.. Mama sangat sedih sekali, ketika itu mama mengandung dan hanya menunggu waktu untuk melahirkan adik kami.. Sepatutnya due untuk deliver minggu itu tapi keadaan tidak mengizinkan lagi.. Allah telah mengaturkan yang adik kami lahir tanpa ayah disisinya..

Yaya baru 3 tahun ketika itu.. Ketika jenazah abah dibawa kerumah, yaya tidur hampir dengan jenazah abah.. dia masih tidak tahu yang abahnya telah pergi buat selamanya.. Ramai yang sedih melihat situasi itu, tapi yaya perlu lihat segalanya.. Kak Long ketika itu belajar di Matrik Gambang, Pahang.. Acu ambik kak Long  di sana dan Kak Long adalah anak yang paling rapat dengan arwah abah..  Kak Long menangis yang amat sangat apabila melihat jenazah abah.. Mama cakap Kak Long kena kuat dan tabah sebab Kak Long anak sulung dan kena tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik.. 

Alhamdulillah.. Ramai kawan arwah abah dan mama yang membantu kami.. Pengalaman pertama yang aku rasai apabila memandikan jenazah abah.. Ketika itu aku lihat puas-puas wajah arwah abah.. Wajah yang tidak aku lihat selepas ini.. Buat selama-lamanya..  Kami usap perlahan-lahan anggota badan arwah abah.. Selesai memandikan jenazah arwah abah, kami mengkafankannya.. Sebak dihati apabila kita mengkafankan abah sendiri.. Ya Allah masukkan lah arwah abah ke tempat orang beriman.. Usai memandikan mengkafankan jenazah abah, kami solat jenazah di Masjid dan mengkebumikannya di kawasan perkuburan Datuk Keramat..  Abah pergi buat selama-lamanya..

Sayang dan kasih abah pada anak-anaknya tidak akan kami lupa buat selama-lamanya.. Abah mengajar anak lelaki kena banyak usaha sendiri.. Kerna abah tidak mampu untuk beri kesenangan pada kami.. Bila kita berjaya dalam pelajaran, kekayaan dan kesenangan itu akan datang pada kita..  

“Ya Allah ampunkan lah dosa kedua-dua ibubapa kami, masukkan lah mereka ke syurga mu.. Mereka telah banyak bersusah-payah dalam membesarkan kami.. Syurga lah tempat yang kekal abadi buat mereka..” Aminn.. 

Wednesday, October 24, 2012

Cinta..

Cinta..
Aku masih mencari cinta itu..
Cinta itu bukan lah untuk dipermainkan..
Ia juga bukan bahan cubaan..
Ia perlu ada rasa tanggungjawab..

Cinta..
Ia bukan makna boleh bersentuhan..
Cinta itu belum halal buat diri mu..
Cinta yang halal diakhiri dengan pernikahan..
Bukan dengan berpegang tangan..

Cinta..
Kerap kali aku lihat mereka..
Bersentuhan tanpa rasa bersalah..
Bersalah pada pencipta..
Malu pada ibubapa..

Cinta..
Bukan cinta jika tidak percaya..
Kerna ia perkara utama..
Percaya pada dirimu..
Percaya pada diriku..
Perlu tahu menjaga batas masing-masing..

Cinta..
Peringatan buat diri ku..
Jangan alpa dan lupa..
Kerna diri ini terlalu lemah..
Pada pandagan yang Maha Esa..

Maaf.. Lama tak update blog :(

Maaf.. Itu perkataan pertama yang ingin dikatakan..

Maaf kerna lama tidak update blog ini..
Mungkin kerna tidak berkesempatan dan diri ini lupa tentang blog ini..
Bila ada masa terluang pelbagai idea untuk blog ini terlintas di fikiran..
Tapi tidak sempat untuk diterjemah ke dalam blog..

Maaf sekali lagi..

Hari ini Rabu, 24hb October..
Pelajar UiTM start cuti untuk Hari Raya Korban dan cuti pertengahan semester..
Pagi ini pada pukul 8.12pagi, mata tak dapat lelap..
Semalam lepas balik dari kelas tidur sampai kul 10 mlm..
itu sebab tidak mengantuk..

Sangat enjoy pagi tadi sbb celebrate birthday Shah.. Class rep Finance 5G..
Penat main kejar2 dan main baling tepung..
Kesudahnnya awal2 subuh semua mandi awal dan tak boleh tidur..
Itulah makna persahabatan.. Kita raikan hari istimewa nya..
Mungkin detik-detik itu nanti jadi kenangan bagi nya..

Esok baru akan balik ke KL untuk Raya Haji..
Beberapa benda kena check dulu..
Risau lepas cuti banyak kerje bertangguh..


Saturday, September 15, 2012

Matlamat Diri Ini.

Hidup ini perlu ada matlamat dalam diri.. Ia sering kali berubah mengikut masa dan pemikiran seseorang..
Semakin bertambah pengetahuan kita, semakin hebat matlamat kita..

Hidup tiada matlamat umpama berjalan tanpa matlamat.. Kita hanya berjalan tanpa arah tujuan..
Jika jalan salah yang kita pilih, agak sukar untuk kita kembali..

Buat lah matlamat kita mula dari sekarang.. Kerna ia pasti menjadi satu semangat dalam diri kita untuk mencapai nya.. Apabila kita mempunyai matlamat, kita akan berusaha untuk mencapainya..

Buat lah matlamat untuk jangka masa pendek dahulu..
Kemudian diikuti dengan jangka masa panjang..

Tidak dapat apa yg kita mahu ? Jangan berputus asa..
Mungkin masa nya belum tiba untuk kita.. Allah itu Maha Adil..
Percaya pada Allah.. Itu pasti! Perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita..
Setiap apa yg kita usaha kan pasti akan dibalas dengan yang setimpal..

Usaha, Doa & Tawakkal..
Berusaha sebaik boleh.. Berdosa sentiasa.. Tawakkal pada yang Esa..



Wednesday, September 5, 2012

5 years planning..


My Target: 

2012 : Study rajin2
2013 : Tamat study dengan Ijazah Kelas Pertama 
2014 : Stable kan financial dan kumpul duit ( Settle kan my ASB loan & ada kereta)
2015 : Pergi travel dan umrah ( Insyallah.. Nak bawa mama g umrah)
2016 : Kahwin  ( Time ini umur dah 28 tahun.. lambat ni..)

Moga panjang umur dan dipermudahkan segala urusan.. 
Banyak lagi tanggungjawab pada mama dan adik2..

Aku dan dirinya...

Aku dan dirinya...

Ya Allah...
Jika Engkau HALALkan dirinya untuk sahabat dan diriku, 
maka dekatkanlah dirinya untuk dinikahi..

Ya Allah...
Jika Engkau takdirkan dia bukan HALAL buatku dan sahabatku, 
maka hapuslah rasa cinta yang ada dihati ini dan bayang-bayang wajahnya..

Ya Allah...
Jika Engkau takdirkan dia HALAL untuk sahabat dan diriku, 
maka TA'ARUFlah.. Jalan untuk mengetahui dirinya..

~ Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.. Adakah kita sudah berubah ke arah yang lebih baik?~

Monday, September 3, 2012

Ada Apa Dengan Cinta 2

Ada Apa Dengan Cinta 2 : Bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Date : 17/05/2012
Masa : 8.30 PM
Tempat : Auditorium UiTM Kampus Bandar Melaka



Ini adalah apa yg dapat saya kongsi dari Program Ada Apa Dengan Cinta..
Buat mereka yang tidak berkesempatan hadir ke Majlis itu.. 

Re-post.. Sebelum ni ada share kat FB sy..

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. 
Serah pada Allah setelah kita berusaha..

Cinta lahir dari Syurga.. 
Syurga tempat yang terbaik..
Cinta adalah legasi orang yang baik-baik..
Iman yang menyatukan cinta dengan cinta..
Perlu ada Pencipta di tengah-tengah..
Cinta itu adalah kuasa luar biasa, apabila tepat pada Masa, Siapa dan Keadaan.. 
Cinta itu indah, lahir dari Syurga..
Cinta itu pada ALLAH, Rasul, Ibu-bapa dan Suami-Isteri..

Cinta itu terletak di HATI.. Dari HATI jatuh ke mata.. 
Bukan dari mata jatuh ke hati..
Tawar di mata akan tawar di hati.. 
Tapi dari HATI adalah selamanya..

Cinta itu bukan suka-suka.. 
Cinta itu Tanggungjawab.. 
Cinta itu bukan kata-kata.. 
Tapi perbuatan.. 
Cinta itu bukan mendapat.. 
Tapi untuk memberi..

Perkahwinan dimulakan dengan CINTA, disempurnakan dengan tanggungjwab..
Wanita perlu memilih imam atau pemimpin mereka.. 
Yang bertanggungjawab kepada mereka..
Yang akan memimpin mereka..

Bagaimana memilih pasagan ? 
Pertama jadi orang yang baik- jadilah soleh/solehah.. 
Kedua ikut pilihan orang yang baik- Orang yang baik akan memilih calon yang baik untuk diri anda.. 
Ketiga tekad cintai Allah dan Rasul- Allah akan hantar orang yang baik-baik dengan kita.. 

Peraturan Bercinta?  
Bukan Sekatan tetapi kawalan.. 
Pertama jangan bergaul bebas-HARAM.. 
Kedua jangan dedah aurat-HARAM.. 
Ketiga jangan berdua-duaan.. 
Percayalah kebaikan yang pahit pasti ada kemanisannya..

Kenapa perlu ada kawalan dalam bercinta? 
Pertama untuk selamatkan cinta dari dikotori.. 
Kedua untuk selamatkan orang yang bercinta.. 
Ketiga untuk selamatkan masyarakat..

"Semakin banyak kita ambik kemanisan sebelum perkahwinan, semakin tawar dan hambar selepas perkahwinan".. 
Bercintalah selepas pernikahan.. Apabila telah halal buat dirimu..

Cintailah orang yang mencintai kita, bukan orang yang kita cintai.. 
Mungkin kita cintai dirinya tetapi belum tentu si dia mencintai kita.. 
Cinta yang dicari itu baik tetapi Cinta yang ditemui lebih baik.. 

Jika anda suka boleh pandang tapi bukan pandang-pandang! 
Siapa yang menjaga mata bermakna dia menjaga kemantapan hati..

~Jika ada kesilapan harap diperbetulkan.. Yang baik itu datang dari ALLAH dan yang kurang itu datang dari diri ini..~

Sunday, September 2, 2012

PTPTN.. Adakah benar ada kos tersembunyi ?


Salam,
Baru-baru ni sy ada terjumpa satu account fb yg tdk berpuas hati dengan PTPTN berkaitan caj tersembunyi.. 
Beliau mengatakan caj perkhidmatan tetap dikenakan walaupun tlh membuat bayaran..

Sebab sebenar sy buat entry ini bukan untk menegakkan sesiapa berkaitan PTPTN ini tetapi kerana ingin berkongsi sedikit kefahaman sy berkaitan pinjaman ini..

Sy tlh buat kajian pada bil PTPN sy sendiri dan bil PTPTN sesorang yg ada di fb.. 

Sebenarnya xde kos tersembunyi pun dlm ptptn ni..
Contoh untk Diploma loan : 
kos pentadbiran 3%, loan RM15,000, Tempoh pinjaman balik 10 thn..
kalo kita kira kos pentadbiran total untk 10 thn = RM 4500.
then caj ni akn debit dlm acc siap bln RM37.50 ( RM4500/12x10)..

Dlm loan kita ada dua jenis :
1) Flat rate- one time charge
2)Reducing Balance- charge based on reducing balance..

Untk ptptn ni dia guna Flat Rate. 
That why every month RM37.50 will be debited in the account for 10 years..


no issues for hide cost sebenarnya.. 
Kalo kita xbyr monthly itu yg amount akan meningkat..
Tapi maximum sampai RM19,500  ( RM15,000 + RM4500).

Perkiraan di atas adalah sebelum PTPTN menggunakan perkiraan Ujrah.. 
1% untuk kos upah bagi yg membuat pinjaman skrg..
Sebelum kita ambil apa2 pinjaman, kita perlu memahami kontrak berkaitan faedah yg dikenakan.. 

Dibawah ini adalah bil PTPTN yg sy jumpa di fb.. Beliau mempunyai 2 pinjaman.. 
RM15,000 untuk diploma, RM17,500 untk degree.. 

Baki akhir adalah RM15, 597.50, ini adalah jumlah pinjaman RM15,000 plus kos pentadbiran RM37.50 setiap bulan.. 
Kita akan lebih mudah tgk jumlah pinjaman berkurang jika kita consistent byr setiap bulan dari awal tempoh pembayaran.. 

Buat sesiapa yg ada membuat permohonan pertukaran loan lama ke ujrah, PTPTN akan membuat pelarasan semula untk faedah yg dikena..

Jika ada kesilapan sila perbetulkan, hanya perkongsian sedikit ilmu..
Mohon maaf jika ada terguris hati sesiapa..


Saturday, September 1, 2012

Target for new semester..

Salam...


Tingggal seminggu lagi untuk duduk di rumah dan relax2..
7hb September ni dah balik ke Melaka untuk register tempat tinggal di Apartment Yayasan Melaka.. 10hb September dah mula kuliah untuk semester September 2012/2013..

Semester depan adalah semester ke-5 dan semester akhir untuk belajar.. Selepas itu akan mula praktikal untuk satu semester.. Tempat praktikal pun tak cari lagi.. (^_^)

Sem depan akan ambil 7 subjek bersamaan dengan 27 jam kredit.. Hopefully Allah bagi kekuatan untuk ambik semua subjek ni.. Sepatutnya 1 subjek ambik masa intersesi tapi kaki retak so tak dapat nk ambik.. Kita hanya merancang tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. 

Sem depan dah target GPA mesti kena dapat 3.60 so nanti boleh graduate dengan Ijazah Kelas Pertama.. Insyaallah.. Harap sangat dapat tamat Ijazah Kewangan ini dengan Ijazah Kelas pertama.. Hanya kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran adalah hadiah terbaik untuk ayah dan ibu kita semasa kita belajar ini.. 

Untuk pembelajaran semasa peringkat Ijazah ini, saya memohon PTPTN..  So kalau saya dapat tamat belajar dengan Ijazah Kelas Pertama, pinjaman PTPTN saya akan ditukar menjadi biasiswa.. Insyaallah.. 

"Allah akan bagi pada kita berdasarkan apa yang kita usaha dan apa niat kita"

Tuesday, August 28, 2012

Kenangan Semester Lepas

Salam..

Semester lepas sangat mencabar diri ini.. Banyak cabaran dan halangan yang terjadi..
Most assignment siap kan last minutes.. Tapi kadang2 kerja last minit ni la yang buat otak ni berfikir lebih kritikal sikit..

Lagi 2 minggu nak exam, buku lali boleh retak plak.. sebab nya masuk pertandingan Sukan Antara Fakulti untuk sukan netball.. hahaha... klakar sangat bila semua orang tanya sebab apa kaki retak.. Ending nya kena duduk hospital melaka untuk 2 hari.. First time plak kaki kena simen..

Terima kasih sangat2 pada roomate yg bernama Faiz@ Besar.. Sangat bnyk membantu dan menyusahkan dia.. hehe.. Hanya Allah dapat balas jasa dia.. Budak2 rumah B-2-7 pun banyak kena minta tolong, adik, buaya, hanan, ainul, acong, qayyum, poie, iskandar, shafiq, shah, yus.. All of them sangat banyak tlg sepanjang diri ini jadi kurang upaya sementara..

Alhamdulillah dalam ujian dan kepayahan ni Allah bagi dengan keputusan yang elok untk exam.. Masih ingat lagi time g exam dengan bertongkat.. Kawan tlg bwk kan pencil case dgn botol air.. Tq kwn2 yg banyak membantu.. Bila nak keluar dewan exam awal je , mesti semua orang tgk je.. segan2..

Ada beberapa gambar sewaktu kaki retak tu.. kira kronologi dia la..

~Kaki dah bengkak sebab salah lompat~

~Kakak nurse yg sangat baik hati~

~Effect esok nya kena masuk hospital~

~Pesakit wad ortopedik~

~Geng sakit.. sorang retak, sorang patah kaki..~

~Kesan otot dan darah beku~

~ Time nak present subject BEL~

~Bergambar sebelum pergi jawab first paper~

~Time buka simen selepas sebulan pakai~

~Kaki masih bengkak.. Kena pakai ankle guard~


Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Hari ni baru balik dari kampung di Kuala Kangsar, Perak..
Kat kampung xde line maxis so xde apa update blh buat..

Sambutlah raya dengan cara yang sederhana...
Syawal itu adalah bulan kemenangan buat orang Muslim, tetapi jangan lah dengan cara yang berlebih-lebihan..
Mohon lah kemaafan daripada semua insan jika kita ada buat sebarang kesalahan secara langsung atau tidak..
Kita tidak tahu Syawal akan datang kita masih boleh bertemu dengan mereka lagi atau tidak..
Moga Allah panjangkan umur kita semua..

Mohon maaf jika ada kesilapan dari diri ini...
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
~Selamat Hari Raya~

Sunday, August 12, 2012

Ilmu Bukan Pada Pointer..

Kejayaan seseorang pelajar, mahasiswa, mahasiswi seringkali kita ukur pada keputusan peperiksaan yang di duduki.. Adakah pelajar/mahiswa/i yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang bukan lah insan yang bagus ? Di Malaysia, kita telah didik dengan pendidikan yang lebih kepada "exam " dan kita selalu membandingkan keputusan dengan orang lain..

Kita lebih menghafal ilmu yang dipelajari berbanding kepada pemahaman terhadap ilmu itu.. Ilmu yang dihafal pasti kita akan lupa.. Tetapi jika kita belajar berdasarkan pemahaman kita pasti lebih senang untuk mempraktikannya pada kehidupan ini..

Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dapat membantu diri kita, keluarga, masyarakat ke arah yang lebih baik.. Seharusnya semakin tinggi ilmu yang dipelajari, semakin bertambah rasa rendah diri dan syukur pada Pencipta..

Buat semua yang bergelar pelajar, belajar lah bersungguh-sungguh kerna ada semua adalah harapan keluarga.. Belajar lah dengan permahaman dan bukan lah berlandaskan menghafal sahaja..



Friday, August 10, 2012

Perempuan Yang Aku Sayangi..


Puisi ini dah lama simpan.. jumpa kat majalah Muslimah Ogos 2000.. Dah jadi hobi kalau minat sesuatu akan simpan.. Dua hari lepas kemas almari jumpa balik puisi ini.. So nak share something about this puisi la..


Tajuk : Perempuan yang aku sayangi

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hari kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Di sanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda

Perempuan yang aku suka
Menjadi dian pada dirinya
Yang menjadi pelita untuk putera dan puteriku
Yang bakal dilahirkan untuk menyambung
Perjuanganku di belakang hari

Sesungguhnya,
Perempuan yang selalu
Berada di dalam doaku
Adalah engkau, isteriku.

*Moga Allah memberi ganjaran setimpal buat penulis puisi ini..

Tuesday, August 7, 2012

Kenangan semasa diploma..

Dulu lepas SPM dapat sambung belajar kat UiTM Segamat, Johor.. Sambung Diploma in Banking untuk 3 tahun.. Sangat banyak kenangan dan memori kat sini..

Kenangan time exam, test, ko kurikulum, aktiviti sukan dan macam-macam.. Ada masa gembira dan ada masa duka.. Walaupun UiTM Segamat ni kat dalam ceruk hutan dan jauh dari bandar tapi ia tempat yang sangat sesuai untuk seorang pelajar.. Kalo time pagi2 macam kat overseas sebab kabus tebal kuar dari hutan..

Adakah dapat masa ulang kembali ??? itu tidak mungkin.. Masa pantas berlalu dan kita perlu hadapi nya..

Roomate Kolej Sempana Riau SR163
SR 163


Silat Olaharaga di MMU

Geng rumah sewa di segamat
Its me...


Buat semua penulis...

Buat renungan diri ini dan kita semua..

Menulis ini boleh jadi hobi kita, pendapatan buat kita, ibadah kita dan mungkin boleh menjadi dosa buat kita..

Sebarkan lah kebenaran.. Jangan sesekali kita menyakiti hati orang lain..

3 amalan yang tidak akan putus pahalanya sehingga ke kubur adalah:
  1. Ilmu yang bermanfaat oleh si mati
  2. Sedekah jariah oleh si mati
  3. Anak soleh yang mendoakan si mati


TULISAN itu boleh jadi saham kita di akhirat..

Kawan, Teman & Sahabat..

Hidup ini kita perlu berkawan.. Kerna ini hidup kita harus bermasyarakat.. Kita tidak blh bergantung pada diri sendiri.. Kadang-kadang kawan akan menghulurkan pertolongan ketika kita memerlukan bantuan..

Terima kasih buat semua sahabat, teman dan kawan yg banyak membantu diri ini.. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian..

Sedikit renungan buat kita bersama:

Kwn yg baik seperti penjual minyak wangi.. Jika datang pada dia kita akan dapat melihat pelbagai jenis minyak wangi, jika dapat membeli bagus, kita juga dapat menghirup bau yang wangi.. Paling kurang pun wangian itu akan melekat pada pakaian kita.. 

Sahabat yg kurang baik seperti pembuat besi.. Jika kita datang pada ia kita akan melihat besi dan api yang panas.. Kita akan dapat bau yang kurang menyenangkan.. Nasib tidak baik serpihan besi kena pada pakaian kita.. Mungkin juga pakaian menjadi hitam dari asapnya.. 

Pilihan di tangan kita.. 
Sahabat yang baik akan di pertemukan di akhirat kelak dan satu sama lain memuji sahabatnya.. Kerana kebaikannya menasihatnya.. 

Sahabat yang kurang baik juga akan di pertemukan di akhirat kelak dan satu sama lain mencaci sahabatnya.. Kerana kejahatan yang mereka lakukan.. 

Untuk renungan kita bersama.. Tidak salah berkawan cuma kita perlu bijak memilih kawan.. Jika kita mampu mengajaknya ke jalan yang baik.. Alhamdulillah.. Jika tidak doa kan dia mendapat hidayah Allah..

Yang baik dari Allah, Yang kurang dari diri ini.. Jika ada yang salah, mohon diperbetulkan dlm perkongsian ilmu ini..

Monday, August 6, 2012

Tulis blog kembali...

Blog ni dah buat sejak 2009 tapi x post apa pun sbb time buat dulu untuk assignments diploma je.. Insyaallah akan start tulis blog balik..  Tujuan untuk tulis blog ni sebab kadang2 dpt mcm2 idea untuk menulis.. Tulis je apa luahan hati dan perkongsian ilmu bersama...