wallpaper

Saturday, October 27, 2012

Tanggungjawab..


-Kredit untuk FB Brotherhoodarts -

Lelaki dan Wanita mempunyai peranan yang berbeza.. Lelaki pada tanggungjawabnya dan Wanita pada ketabahannya.. Sebagai seorang lelaki tanggungjawab pada ibunya adalah sampai bila-bila, sehingga ibunya meninggal dunia.. Wanita apabila sudah berkahwin, tanggungjawabnya pada suami nya pula.. 

Kita hanya merancang tetapi Allah mengatur segalanya..
Allah lebih tahu apa yang terbaik pada hambaNya.. 
Lelaki perlu kuat dari segi mental dan fizikal untuk menjadi ketua keluarga.. Segala apa yang terjadi pada keluarganya adalah di bawah tanggungjawabnya.. Ia nya pasti akan dipersoalkan kelak adakah dia sudah memberi didikan yang sempurna kepada keluarganya atau tidak.. 

Tanggungjawab yang terbesar adalah mendidik anak-anak dan menjaga aurat keluarganya.. Insyaallah jika didikan agama telah diberi kepada lelaki itu maka dia akan tahu bagaimana ingin membimbing keluarga nya.. 
Dalam islam tidak melarang kita berfesyen tetapi kita perlu tahu adakah pakaian kita memenuhi syariah atau tidak.. Tidak susah untuk menutup aurat tetapi agak sukar untuk memastikan pakaian itu menutup aurat atau tidak..

-Kredit untuk Haslinda Alias-


Friday, October 26, 2012

Wajib atau Sunat?

-Gambar kredit pada ILuvislam-
Alhamdulillah hari ini sudah selesai urusan korban lembu di kawasan perumahan.. 
Hari Raya Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari jumaat, selalunya urusan korban semua perlu pantas dilakukan.. Ini bagi membolehkan orang lelaki solat jumaat dan urusan korban selesai sebelum solat.. 
Entry ini muncul apabila teringat perbualan saya dengan Pak Cu tadi.. 

Sebelum solat jumaat tadi, Saya dan Pak Cu sempat bergurau.. " Wan pagi tadi kita dah solat sunat kan.. So kira dah jemaah la hari ni.. Jumaat tak pergi  xpe la.." Lantas saya pun cakap, " Pak Cu yang pagi tadi sunat je, yang kejap lagi ni wajib.. hahaha"

Bila kita fikir balik, ini lah yang selalu terjadi pada diri kita ini.. Sering kali kita utama kan perkara yang sunat berbanding perkara yang wajib.. Kita sanggup melakukan pelbagai perkara yang sunat tetapi perkara yang wajib kita abai kan.. Bukan bermakna tinggalkan yang sunat tetapi wajib itu perlu dijaga sesungguhnya..

Perkara wajib itu umpama batu asas kehidupan.. Jika lemah asas nya maka lemah lah kehidupan itu.. Jika kuat batu asasnya, kuat lah kehidupan itu.. Apabila kita pergi buat selama-lamanya, persoalan pertama akan disoal adala perkara wajib.. Adakah ia nya telah lengkap.. Perkara sunat akan menjadi extra pertolongan kita bila wajib kita lemah.. 

Kita tukar perkara wajib atau sunat ini kepada perkara seharian kita.. Kita sering lupa pada perkara utama kita tetapi kita utama kan perkara sampingan.. Bukan kah berjasa kepada ibubapa adalah lebih baik dari kita berjasa kepada orang lain.. Jika keluarga kita bahagia, ia nya akan memberi impak kepada masyarakat.. Nescaya negara juga akan mendapat impaknya..

~ Jaga lah yang wajib, nescaya yang sunat pasti akan menyusul~


Muhasabah diri..


Seringkali diri ini lalai.. Seringkali diri ini lupa.. Lupa pada tanggungjawab yang di amanahkan oleh Nya.. 
Terlalu sibuk dan alpa pada tanggungjawab hakiki.. 
Perkara wajib belum pasti dilaksana sepenuhnya..
Tidak kah malu pada diri mu? Islam itu agama mu.. Islam itu cara hidup mu.. 

Kita lagi senang melakukan dosa dari pahala.. 
Adakah kita lupa neraka tempat untuk orang yang tidak diterima olehNya.. 
Syurga itu tempat yang abadi.. Tempat yang semua orang pasti mahu memilikinya.. 

Cuba tanya pada diri mu: 
Adakah aku telah berusaha untuk masuk ke Syurga ? 
Adakah aku layak ke Syurga ? 
Adakah amalan aku diterima oleh Nya ? 
Adakah amalan aku ikhlas untuk Nya ?

Ampuni lah dosa kami Ya Allah.. Kami ini terlalu asyik dengan isi dunia ini.. Kami ingat pada Mu ketika kami susah dan derita... Bukan kah Allah itu ada sepanjang masa.. 
Bukan ketika kita susah sahaja.. Fikirkan.. 






Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Moga mereka yang menunaikan haji mendapat Haji yang Mabrur..
Moga mereka konsistent ke arah kebaikan selepas pulang dari tanah suci..
Selamat pulang ke tanah air..

Moga mereka yang melakukan ibadah korban dan aqiqah di terima oleh Allah..
Moga aqiqah dan korban itu dapat mengembirakan orang lain hasil agihan daging itu.. 
Selamat menjalani ibadah korban.. 

* Hari Tasyriq - 11,12,13 Zulhijjah adalah hari haram untuk berpuasa.. 

-sumber FB Ustaz Zahazan-
-sumber FB Ustaz Zahazan-




Thursday, October 25, 2012

Abah..


Petang itu aku rasa hiba dan sedih.. Melihat ayah dan ibu datang membawa pulang anak mereka.. Alangkah beruntung mereka kerana masih ada ayah dan ibu.. Alhamdulillah Mama masih kuat untuk menjaga dan membesarkan adik-adik dan kami semua.. Abah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 2006.. Sekejap je sudah 6 tahun berlalu..

Kenangan bersama abah bagaikan tidak cukup lagi.. Tarikh 07/01/2006 itulah tarikh abah meninggalkan kami semua..  Sehari sebelumnya, hari itu Abah berkerja shift malam, keadaan abah sihat seperti biasa. Tiada tanda-tanda abah sakit.. Abah pulang pada pukul 4 ptg untuk mengambil Acik di Asrama Sekolah Agama Segambut.. Hari itu aku tengok Mama, Kak Teh, Nurul dan Yaya semua ingin ikut sekali ambik Acik. Aku tinggal di rumah seorang, hari itu adalah minggu pertama acik di sekolah itu..

Petang itu Jumaat, aku masih ingat ketika itu aku menonton Program Al-Kuliyyah di TV3.  Mama telefon mengatakan abah sakit dada ketika hendak pulang dari sekolah acik.. Petang itu Abah dimasukkan ke Hospital Selayang.. Ya Allah kuatkanlah hati mama dan kami semua untuk ujian ini..

Malam itu Mama pulang sebentar untuk mengambil baju abah dan kami semua tinggal di rumah.. Ketika kami semua bersiap untuk masuk tidur, Mama telefon mengatakan abah sudah tenat di wad ICU.. Kuatkan lah hati mama.. Mak Lang yang tinggal hampir dengan rumah kami datang membawa kami ke Hospital Selayang..

Kereta yang kami naik baru saja masuk ke kawasan Hospital, Mak cik kami dapat call yang mengatakan Abah telah pergi buat selama-lamanya.. Kami semua menangis.. Kak Teh, Nurul, Acik, yaya, Kak bunga, Abang Ngah semua menangis..

Kehilangan.. Itu perkataan yang dapat digambarkan.. Melihat jenazah abah di bilik mayat.. Kami menangis tanpa henti.. Mama sangat sedih sekali, ketika itu mama mengandung dan hanya menunggu waktu untuk melahirkan adik kami.. Sepatutnya due untuk deliver minggu itu tapi keadaan tidak mengizinkan lagi.. Allah telah mengaturkan yang adik kami lahir tanpa ayah disisinya..

Yaya baru 3 tahun ketika itu.. Ketika jenazah abah dibawa kerumah, yaya tidur hampir dengan jenazah abah.. dia masih tidak tahu yang abahnya telah pergi buat selamanya.. Ramai yang sedih melihat situasi itu, tapi yaya perlu lihat segalanya.. Kak Long ketika itu belajar di Matrik Gambang, Pahang.. Acu ambik kak Long  di sana dan Kak Long adalah anak yang paling rapat dengan arwah abah..  Kak Long menangis yang amat sangat apabila melihat jenazah abah.. Mama cakap Kak Long kena kuat dan tabah sebab Kak Long anak sulung dan kena tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik.. 

Alhamdulillah.. Ramai kawan arwah abah dan mama yang membantu kami.. Pengalaman pertama yang aku rasai apabila memandikan jenazah abah.. Ketika itu aku lihat puas-puas wajah arwah abah.. Wajah yang tidak aku lihat selepas ini.. Buat selama-lamanya..  Kami usap perlahan-lahan anggota badan arwah abah.. Selesai memandikan jenazah arwah abah, kami mengkafankannya.. Sebak dihati apabila kita mengkafankan abah sendiri.. Ya Allah masukkan lah arwah abah ke tempat orang beriman.. Usai memandikan mengkafankan jenazah abah, kami solat jenazah di Masjid dan mengkebumikannya di kawasan perkuburan Datuk Keramat..  Abah pergi buat selama-lamanya..

Sayang dan kasih abah pada anak-anaknya tidak akan kami lupa buat selama-lamanya.. Abah mengajar anak lelaki kena banyak usaha sendiri.. Kerna abah tidak mampu untuk beri kesenangan pada kami.. Bila kita berjaya dalam pelajaran, kekayaan dan kesenangan itu akan datang pada kita..  

“Ya Allah ampunkan lah dosa kedua-dua ibubapa kami, masukkan lah mereka ke syurga mu.. Mereka telah banyak bersusah-payah dalam membesarkan kami.. Syurga lah tempat yang kekal abadi buat mereka..” Aminn.. 

Wednesday, October 24, 2012

Cinta..

Cinta..
Aku masih mencari cinta itu..
Cinta itu bukan lah untuk dipermainkan..
Ia juga bukan bahan cubaan..
Ia perlu ada rasa tanggungjawab..

Cinta..
Ia bukan makna boleh bersentuhan..
Cinta itu belum halal buat diri mu..
Cinta yang halal diakhiri dengan pernikahan..
Bukan dengan berpegang tangan..

Cinta..
Kerap kali aku lihat mereka..
Bersentuhan tanpa rasa bersalah..
Bersalah pada pencipta..
Malu pada ibubapa..

Cinta..
Bukan cinta jika tidak percaya..
Kerna ia perkara utama..
Percaya pada dirimu..
Percaya pada diriku..
Perlu tahu menjaga batas masing-masing..

Cinta..
Peringatan buat diri ku..
Jangan alpa dan lupa..
Kerna diri ini terlalu lemah..
Pada pandagan yang Maha Esa..

Maaf.. Lama tak update blog :(

Maaf.. Itu perkataan pertama yang ingin dikatakan..

Maaf kerna lama tidak update blog ini..
Mungkin kerna tidak berkesempatan dan diri ini lupa tentang blog ini..
Bila ada masa terluang pelbagai idea untuk blog ini terlintas di fikiran..
Tapi tidak sempat untuk diterjemah ke dalam blog..

Maaf sekali lagi..

Hari ini Rabu, 24hb October..
Pelajar UiTM start cuti untuk Hari Raya Korban dan cuti pertengahan semester..
Pagi ini pada pukul 8.12pagi, mata tak dapat lelap..
Semalam lepas balik dari kelas tidur sampai kul 10 mlm..
itu sebab tidak mengantuk..

Sangat enjoy pagi tadi sbb celebrate birthday Shah.. Class rep Finance 5G..
Penat main kejar2 dan main baling tepung..
Kesudahnnya awal2 subuh semua mandi awal dan tak boleh tidur..
Itulah makna persahabatan.. Kita raikan hari istimewa nya..
Mungkin detik-detik itu nanti jadi kenangan bagi nya..

Esok baru akan balik ke KL untuk Raya Haji..
Beberapa benda kena check dulu..
Risau lepas cuti banyak kerje bertangguh..