wallpaper

Thursday, October 25, 2012

Abah..


Petang itu aku rasa hiba dan sedih.. Melihat ayah dan ibu datang membawa pulang anak mereka.. Alangkah beruntung mereka kerana masih ada ayah dan ibu.. Alhamdulillah Mama masih kuat untuk menjaga dan membesarkan adik-adik dan kami semua.. Abah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 2006.. Sekejap je sudah 6 tahun berlalu..

Kenangan bersama abah bagaikan tidak cukup lagi.. Tarikh 07/01/2006 itulah tarikh abah meninggalkan kami semua..  Sehari sebelumnya, hari itu Abah berkerja shift malam, keadaan abah sihat seperti biasa. Tiada tanda-tanda abah sakit.. Abah pulang pada pukul 4 ptg untuk mengambil Acik di Asrama Sekolah Agama Segambut.. Hari itu aku tengok Mama, Kak Teh, Nurul dan Yaya semua ingin ikut sekali ambik Acik. Aku tinggal di rumah seorang, hari itu adalah minggu pertama acik di sekolah itu..

Petang itu Jumaat, aku masih ingat ketika itu aku menonton Program Al-Kuliyyah di TV3.  Mama telefon mengatakan abah sakit dada ketika hendak pulang dari sekolah acik.. Petang itu Abah dimasukkan ke Hospital Selayang.. Ya Allah kuatkanlah hati mama dan kami semua untuk ujian ini..

Malam itu Mama pulang sebentar untuk mengambil baju abah dan kami semua tinggal di rumah.. Ketika kami semua bersiap untuk masuk tidur, Mama telefon mengatakan abah sudah tenat di wad ICU.. Kuatkan lah hati mama.. Mak Lang yang tinggal hampir dengan rumah kami datang membawa kami ke Hospital Selayang..

Kereta yang kami naik baru saja masuk ke kawasan Hospital, Mak cik kami dapat call yang mengatakan Abah telah pergi buat selama-lamanya.. Kami semua menangis.. Kak Teh, Nurul, Acik, yaya, Kak bunga, Abang Ngah semua menangis..

Kehilangan.. Itu perkataan yang dapat digambarkan.. Melihat jenazah abah di bilik mayat.. Kami menangis tanpa henti.. Mama sangat sedih sekali, ketika itu mama mengandung dan hanya menunggu waktu untuk melahirkan adik kami.. Sepatutnya due untuk deliver minggu itu tapi keadaan tidak mengizinkan lagi.. Allah telah mengaturkan yang adik kami lahir tanpa ayah disisinya..

Yaya baru 3 tahun ketika itu.. Ketika jenazah abah dibawa kerumah, yaya tidur hampir dengan jenazah abah.. dia masih tidak tahu yang abahnya telah pergi buat selamanya.. Ramai yang sedih melihat situasi itu, tapi yaya perlu lihat segalanya.. Kak Long ketika itu belajar di Matrik Gambang, Pahang.. Acu ambik kak Long  di sana dan Kak Long adalah anak yang paling rapat dengan arwah abah..  Kak Long menangis yang amat sangat apabila melihat jenazah abah.. Mama cakap Kak Long kena kuat dan tabah sebab Kak Long anak sulung dan kena tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik.. 

Alhamdulillah.. Ramai kawan arwah abah dan mama yang membantu kami.. Pengalaman pertama yang aku rasai apabila memandikan jenazah abah.. Ketika itu aku lihat puas-puas wajah arwah abah.. Wajah yang tidak aku lihat selepas ini.. Buat selama-lamanya..  Kami usap perlahan-lahan anggota badan arwah abah.. Selesai memandikan jenazah arwah abah, kami mengkafankannya.. Sebak dihati apabila kita mengkafankan abah sendiri.. Ya Allah masukkan lah arwah abah ke tempat orang beriman.. Usai memandikan mengkafankan jenazah abah, kami solat jenazah di Masjid dan mengkebumikannya di kawasan perkuburan Datuk Keramat..  Abah pergi buat selama-lamanya..

Sayang dan kasih abah pada anak-anaknya tidak akan kami lupa buat selama-lamanya.. Abah mengajar anak lelaki kena banyak usaha sendiri.. Kerna abah tidak mampu untuk beri kesenangan pada kami.. Bila kita berjaya dalam pelajaran, kekayaan dan kesenangan itu akan datang pada kita..  

“Ya Allah ampunkan lah dosa kedua-dua ibubapa kami, masukkan lah mereka ke syurga mu.. Mereka telah banyak bersusah-payah dalam membesarkan kami.. Syurga lah tempat yang kekal abadi buat mereka..” Aminn.. 

No comments:

Post a Comment