wallpaper

Wednesday, July 10, 2013

Allah bersamamu Dr Mursi!

Assalamualaikum..
Pada kali saya ingin berkongsi berkaitan apa yang telah terjadi di Mesir.. 
Ingin saya berkongsi bersama kalian kata-kata dari Ulama' Besar Islam iaitu Dr Yusuf Al-Qardhawi. Beliau berkata; "Bagaimana kita (org mesir) boleh bersabar dengan Mubarak selama 30 tahun tapi tidak boleh bersabar dengan Mursi selama setahun". 

Dr Mohamed Mursi , President Mesir yang dipilh oleh majoriti penduduk mesir melalui sistem demokrasi yang bersih telah digulingkan atau dirampas kuasa oleh pihak tentera.  Sepertimana yang kita tahu Dr Mursi adalah Presiden Mesir yang pertama dipilih melalui demokrasi. Sebelum ini Mesir dipimpin oleh President Hosni Mubarak, iaitu seorang yang cukup dikenali sebagai ditaktor dan berkawan baik dengan Amerika dan Israel. 

Jatuhnya kepimpinan Dr Mursi iaitu seorang hufaz al-quran, selalu menjadi imam dan solat berjemaah bersama rakyat mesir dan seorang yang sangat menegakkan syariat islam di Mesir. Pihak Amerika dan Israel  sangat takut pada Dr Mursi dan kepimpinan Ikhawanul Muslimin kerana ketegasan beliau dalam menegakkan islam dan membela Palestin. 

Apabila Dr Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir, antara perkara yang dilakukannya adalah beliau mengecam Israel ketika serangan Israel secara besar-besaran ke atas Palestin tahun lalu. Beliau juga telah membuka lorong bekalan bahan bantuan ke Palestine di tebing Raffah yang selama ini ditutup ketika pemerintahan Hosni Mubarak. Beliau juga nekad memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria untuk menentang pembunuhan dan penindasan ke atas orang Islam oleh Regim Syiah Basyar Assad. Perkara-perkara ini tidak disenangi oleh pihak-pihak yang takut dengan kebangkitan Islam dan kemunculan khalifah.

Sebahagian rakyat Mesir yang menentang Dr Mursi adalah kerana mereka menganggap Dr Mursi tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi negara Mesir dan ianya juga adalah hasil campur tangan pihak liberal dan anasir asing. Ketika dibawah kepimpinan Hosni Mubarak, kadar pengganguran sangat lah tinggi dan kebanyakkan hasil kerajaan adalah dibawah monopoli pihak tentera.  Dr Mursi baru sahaja memegang tampuk kepimpinan yang telah lama dikawal kekayaan negara oleh Rejim Hosni Mubarak. Maka ianya akan mengambil masa yang lama untuk menstabilkan kembali ekonomi dan ketirisan di dalam negara. 

Implikasi dari jatuhnya kepimpinan Dr Mursi di Mesir, Mesir akan dikawal oleh anasir luar yang terutamanya dari Amerika Syarikat iaitu penyumbang terbanyak kepada bantuan ketenteraan Mesir. Israel juga pasti akan  bergembira kerana tiada lagi pemimpin yang betul-betul berani melawannnya. Selepas sahaja jatuhnya kepimpinan Dr Mursi, pihak tentera telah menutup 'Raffah Gate" dan menutup terowong-terowong yang ada diantara Mesir dan Palestin. Umat Islam di Palestin ditindas secara langsung dari penutupan terowong ini iaitu satu-satunya pintu untuk mendapat bantuan dari luar.

Moga ALLLAH memberi kemenangan kepada Pihak Ikhwanul Muslimin dan mengembalikan kepimpinan Dr Mursi.. Alhamdulillah.. Semalam saya dapat bersama-sama dengan sahabat-sahabat dari NGO IKRAM,HALUAN,ABIM dan PAS untuk membuat bantahan secara aman dan menghantar memorandom bantahan kepada Kedutaan Mesir di Malaysia. 


 



 






No comments:

Post a Comment