wallpaper

Thursday, May 30, 2013

Cinta

KAU jadikan cinta itu fitrah. Hiasan bagi kehidupan bermaruah. Ada aturan dan perlu tunduk menyerah kepada ketentuan-Nya. Cinta bukan sekadar menuruti hasrat serakah yang menyala, tetapi untuk mengisi jiwa yang kosong dan menyahut sunnah. Cintaku berfalsafah. Niatku untuk bersama memperbanyakkan umat Baginda SAW, menyumbang zuriat yang soleh dan solehah, ilmuwan pelbagai bidang, segala arifibillah dan segala fisabilillah.

Izinkan aku ya ALLAH..

Izinkan hamba-MU mengatur langkah, agar berjaya mendapatkan cinta itu. Bukan dengan adat, tetapi dengan syariat. Bukan dengan nafsu, tetapi dengan syariat. Bukan dengan harta tetapi dengan takwa. Urusan ini terlalu berat untuk ditanggung sendiri. Hanya ENGKAU yang lebih mengerti tentang hasrat hati ini dan jiwanya. Adakah hati ini berhasrat murni? Adakah jiwanya sudi menerima? Hanya ENGKAU yang tahu ya Tuhanku. Dari itu, izinkan Aku Ya Allah..

Izinkan hamba-MU ini bersimpuh di pangkalan cintamu. Meraih simpati agar urusan cintaku ini dipermudahkan. Aku tidak mahu dilalaikan dengan cinta ini. Aku tidak mahu disibukkan dengan cinta ini. Aku tidak mahu cinta ini mengganggu cinta kita ya Tuhanku. Dari itu, permudahkanlah urusan ini ya ALLAH..

Jernihkan hatiku, setiakan hatinya. Aku menyintainya kerana dia menyintai-MU ya Tuhanku. Aku pasti meninggalkannya jika dia meninggalkan-MU. Aku akan berpaling padanya jika dia berpaling dari-MU. Namun jika diberi kesempatan, izinkan aku menjadi pemimpin sekeping hati. Akan aku didik dia dengan ilmu, akan aku bimbing dia ke jalan-MU dan akan aku jaga hati dia sebagaimana selama ini KAU menjaga hati-hati kami ya Tuhanku.

-Petikan dari Buku "Buat Bakal Isteriku" karya Ibnu Rijal-

No comments:

Post a Comment